berita

Rakan Sahkan Rihana Balik Rusia Sertai Ratu Cantik, Peguam Dakwa Tak Tahu Pasal Cerai

July 18th, 2019 | by faris
Kini Trending

Media beberapa hari lalu melaporkan kemurkaan Istana Kelantan terhadap tindakan bekas isteri Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Gorbatenko yang membuat kenyataan anak yang baru dilahirkannya bakal menjadi putera mahkota Kelantan.

Susulan itu, surat pengesahan perceraian pasangan terbabit turut tersebar di laman sosial. Sumber akhbar New Straits Times memaklumkan perceraian itu disahkan pada 1 Julai lalu, setelah difailkan pada 22 Jun.

Kenyataan berbeza rakan, peguam

Rakan Rihana, Tatyana Andreeva bercakap kepada akhbar Komsomolskaya Pravda mengesahkan, Rihana Oksana sudah kembali ke Rusia untuk menyertai pertandingan Ratu Cantik Rusia pada 26 Jun lalu.

Dia menyertai pertandingan ini dan sudah pun bercerai. Kini dia menetap di Moscow.

Walaubagaimanapun peguam Rihana, Evgeny Tarlo memaklumkan pihaknya tidak menerima maklumat rasmi berkenaan perceraian model jelita itu.

Tambahnya, perceraian itu adalah khabar angin yang disebarkan oleh pihak media.

Kami tidak menerima sebarang dokumen rasmi. Kami tidak tahu apa-apa.

Tidak boleh umum tanpa pengumuman istana

Istana Kelantan sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang menegaskan bahawa tiada sesiapa yang boleh digelar sebagai Raja Perempuan Kelantan tanpa pengumuman Istana.

Kenyataan rasmi itu juga memaklumkan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra ialah Tengku Mahkota Kelantan manakala Tengku Anis Tengku Abdul Hamid digelar Raja Perempuan Tengku Anis.

Difahamkan dengan kenyataan rasmi Istana Kelantan itu, ia sekali gus menafikan dakwaan oleh seorang individu dipercayai Rihana bahawa anaknya merupakan bakal Putera Mahkota Kelantan.

Sumber: Sinar Harian, NST

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×