berita

Rakyat Baliklah Kampung, Besarkan Anak Di Sana – Menteri

November 5th, 2015 | by Wan
Kini Trending

kampungrahman

Tempoh hari kecoh di laman sosial apabila kenyataan daripada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyarankan rakyat bangun awal pagi jika mahu elak tol.

Artikel Berkaitan : Bangun Awal Kalau Tak Nak Bayar Tol

Isu tersebut menjadi perdebatan netizen yag rata-rata tidak bersetuju. Terbaru, menteri yang sama menyarankan agar rakyat pulang ke kampung dan besarkan anak di sana. Kenapa pula?

Jom balik kampung

senyum

Menerusi video berdurasi kurang 1 minit yang dimuat naik oleh akaun Facebook Kelab Che Det itu, Rahman Dahlan berkata terlalu ramai rakyat Malaysia yang berhijrah dan menetap di bandar pada masa kini.

Tambahnya lagi beliau antara manusia yang paling gembira jika rakyat mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan membesarkan anak di sana.

Balik kampung, besarkan anak di sana. Lagi pun dah tak ada kampung dekat Malaysia ini. Dekat kampung sekarang ada 4G dah.

Kampung pun ada 4G sekarang

“Rakyat baliklah kampung, besarkan anak disana” -Rahman Dahlann“Jika rakyat balik semula kekampung, sayalah Menteri yang paling gembira”
“Rakyat baliklah kampung, besarkan anak disana. (Line) 4G pun kini sudah ada dikampung”

Saranan Rahman Dahlan kepada rakyat Malaysia bagi menyelesaikan kesesakan bandar #teamDahlanMaslan

Posted by Kelab Che Det on Wednesday, 4 November 2015

 

Video yang dikongsi di Facebook Kelab Che Det itu sehingga kini mendapat lebih 11 ribu share. Rata-rata orang ramai melontarkan pandangan mereka.

Sumber : Kelab Che Det

SKIP THIS AD ×