berita

Rakyat Berpendapatan Tinggi, Gaji RM5k Ke Atas Ramai Sokong Pakatan Harapan – Kajian

December 13th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, pilihan raya umum Malaysia diadakan setiap lima tahun sekali. Pada tahun 2018, pilihan raya ke 14 (PRU-14) dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini merupakan pembangkang utama di Parlimen Malaysia. Ini merupakan dalam sejarah kekalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir negara sejak kemerdekaan Malaysia pada 1957, iaitu 61 tahun yang lalu.

Terbaru, satu tinjauan oleh think tank EMIR Research menunjukkan bahawa sebilangan besar rakyat Malaysia akan mengundi parti bebas jika pilihan raya akan datang akan berlaku dalam jangka masa terdekat. Manakala kebanyakkan mereka yang berpendapatan tinggi menyokong kerajaan PH.

Gaji 5k ke atas ramai sokong PH

Kaji selidik itu mendedahkan lebih separuh daripada mereka yang berpendapatan RM3,001 hingga RM5,000 (51 peratus) dan melebihi RM5,000 (52 peratus) menyokong PH manakala hanya 40 peratus yang pendapatan kurang daripada RM3,000 memilih gabungan pemerintah.

Mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, 45 peratus memilih UMNO dan Pas. Bagi golongan berpendapatan antara RM3,001 hingga RM5,000, hanya 31 peratus menyokong UMNO dan Pas dan 36 peratus di kalangan mereka yang berpendapatan RM5,000 dan ke atas.

Hanya 40% memilih gabungan pemerintah

Menurut Emir Research, secara khusus, 41% rakyat Malaysia berkata mereka akan mengundi pakatan Pakatan Harapan (PH), manakala 38% akan memilih puak Umno dan PAS, yang kini telah menjadi pakatan politik yang dipanggil Muafakat Nasional.

Manakala 17% akan mengundi secara bebas manakala 4% enggan mendedahkan pilihan mereka. Berdasarkan perkiraan margin kesilapan ditambah dan tolak 3%.  Ini jelas menunjukkan Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan tinggi dan sederhana. Bagi golongan yang berpendapatan rendah pula cenderung menyokong UMNO dan Pas.

Sumber : Sinar Harian, Emir Research

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×