berita

Rakyat Korea-Amerika Pertama Bakal Terbang Ke Ruang Angkasa

January 18th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Seorang warganegara Korea-Amerika iaitu Jonny Kim membanggakan negaranya apabila dipilih sebagai angkasawan yang akan ke ruang udara tidak lama lagi. Pemuda berusia 35 tahun itu telah menyertai program Artemis NASA bersama 12 pelajar lain sejak 10 January lalu. Mereka layak menyertai misi International Space Station untuk ke bulan dan planet Marikh.

Lebih 18,000 permohonan

Jonny Kim sebelum ini merupakan bekas angkatan tentera Navy SEAL dan juga punyai kelulusan kedoktoran bidang perubatan dari Havard. Menurut laporan CNN, Kim telah terpilih menyertai misi itu setelah mereka menerima kira-kira 18,000 permohonan.

Terima anugerah terbaik

Semasa di Navy SEAL di Amerika, dia berkhidmat di medan pertempuran, diamanahkan posisi sniper dan telah berlayar lebih 100 misi pertempuran. Jasa dan perkhidmatan ini telah membuatkan dia menerima anugerah Silver Star dan Bronze Star.

Suami dan ayah berusia 35 tahun ini seterusnya melanjutkan pelajaran bagi mendapatkan kedoktoran dalam bidang matematik di University of San Diego dan doktor falsafah dalam bidang perubatan dari Harvard Medical School.

Nekad sertai NASA

Walaubagaimanapun, Kim bernekad untuk menjadi seorang angkasawan dan mempercayai penyertaannya dalam misi NASA ini akan memberi kemajuan terhadap ruang angkasa. Malah, dia turut yakin bahawa misi ini akan memberi teknologi yang baru kepada kegunaan setiap manusia.

I fundamentally believed in the NASA mission of advancing our space frontier all the while developing innovation and new technologies that would benefit all of humankind. All things that are worthwhile are very difficult to obtain.

Strength in my life

Sumber: CNN, Jonny Kim

SKIP THIS AD ×