berita

Rakyat Malaysia Kongsi Kisah Mereka Waktu Beli Rumah Pertama, Macam-Macam Ragam!

October 24th, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Pengalaman bila dapat kerja, gembira dengan rezeki yang ada. Tak dinafikan yang semua orang akan menyewa dulu kalau kerja berjauhan dengan keluarga.

Tapi lambat-laun mesti korang pasang impian untuk beli rumah pertama kan?

Nak beli rumah ni kena sediakan banyak perkara. Cuba tengok pengalaman orang kita yang nak beli rumah pertama ni. Terhibur teruk wei!

Kecoh bila tak sekepala nak pilih rumah

“Kecohnya masa mula berbincang dengan isteri untuk beli rumah. Saya lebih suka rumah jenis apartment. Tapi isteri lebih suka rumah jenis landed. Selepas dengar pendapat keluarga dan rakan, akhirnya kami beli rumah yang sesuai dengan kewangan kami.”

-Fuad-

Sedihnya tak boleh bela kucing lagi

“Saya beli rumah pertama di sebuah kondominium. Pada awalnya keadaan okay. Tapi setiap malam kucing saya mengiau tak henti. Mungkin sebab baru pindah. Jiran-jiran rasa terganggu. Nak tak nak, saya terpaksa tinggalkan kucing saya di rumah ibu bapa saya.”

-Nana-

Muka seiras dengan adik sampai ejen hartanah pening

“Saya terjumpa seorang ejen hartanah di internet. Dia ajak jumpa untuk tengok rumah. Saya bawa adik saya sekali. Bila sampai, ejen tu terus pergi salam adik saya dan sebut nama saya. Kelakar bila teringat balik padahal adik saya tu masih seorang pelajar sekolah menengah.”

-Ilyas-

Hadiahkan rumah pertama buat isteri tercinta

“Isteri saya pernah beritahu yang dia teringin duduk di rumah sendiri. Saya pun nekad untuk buat simpanan terus di KWSP dan beli sebuah rumah. Sewaktu hari lahirnya, saya berikan kunci rumah pertama kami. Dia gembira sampai menangis!”

-Faiz-

Kelakar tapi menarik la kisah yang mereka kongsikan. Bukan mudah tapi tak mustahil untuk memiliki sebuah rumah idaman.

Teruskan Simpan Baik-Baik demi masa depan kita

Tak kisah la korang kerja sebagai pemilik kedai, rider, driver dan sebagainya. Cukup la korang berusaha untuk menyahut kempen “Simpan Baik-Baik” dalam KWSP demi masa depan.

KWSP sentiasa komited untuk beri kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya menyimpan demi masa depan. Dengan adanya kempen “Simpan Baik-Baik”, masa depan kewangan akan jadi lebih baik.

Selain penting dalam perancangan persaraan, simpanan KWSP dapat bantu menyelesaikan urusan kewangan dalam aspek pendidikan, perumahan dan kesihatan.

Oleh itu, makin rajin kita menyimpan sekarang, makin selesa lah hidup untuk kegunaan hari tua nanti.

Sekarang memang tak nampak lagi. Tapi bila sampai waktunya, simpanan tu akan membantu korang. Dengan menyimpan di KWSP, duit korang takkan pernah berkurangan. Malah makin bertambah.

Korang boleh semak baki akaun KWSP korang dengan menggunakan aplikasi KWSP i-Akaun secara mudah. Banyak ciri baru dan program menarik yang ada.

Untuk info lebih lanjut, korang boleh terus ke laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

SKIP THIS AD ×