berita

Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman ‘Lockdown’ Di Mekah, Ibu Sudah Meninggal Dunia

April 6th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi pernah membuat satu panggilan video bersama seorang wanita rakyat Malaysia yang terkandas di Tanah Suci Mekah sejak 26 Februari yang lalu. Wanita tersebut dikenali sebagai Nisah.

Menurut Nisah, dia tidak dapat pulang semula ke tanah air kerana ibunya yang berusia 71 tahun koma di hospital. Di samping itu, ibunya turut menghidap beberapa penyakit lain seperti kencing manis, masalah buah pinggang dan masalah semput. Terbaru, Pak Nil memaklumkan bahawa ibu Nisah telah meninggal dunia.

Al-Fatihah

https://www.instagram.com/p/B-jnd2YAc7I/

Menerusi Instagram Pak Nil, dia memberitahu bahawa ibu kepada Nisah iaitu Puan Rokiah telah meninggal dunia di Tanah Suci pada 3 April lalu iaitu hari Jumaat. Jika sebelum ini, Pak Nil memapaparkan kisah wanita itu mula sedar dan keluarganya sudah kembali gembira.

Namun, siapa sangka kegembiraan tersebut hanya seketika kerana insan tersebut telah pulang ke pangkuan Ilahi. Pada masa yang sama, Pak Nil menyifatkan pemergian ibu Nisah sebagai pemergian paling dicemburui ramai.

Kematian yang sangat dicemburui

Nisah yang pergi menunaikan umrah bersama ibu dan ibu mertuanya itu berada di Madinah sejak 26 Februari sebelum ke Mekah pada 1 Mac. Tambahnya, mereka dijangka pulang ke Malaysia pada 7 Mac. Rata-rata netizen yang merupakan pengikut Instagram Pak Nil mengucapkan salam takziah buat Nisah dan keluarganya.

Sumber: Aznil Haji Nawawi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×