berita

‘Rakyat Malaysia Nak Lakukan Perjalanan Jauh, Balik Kampung Kena Lapor Di Balai’ – Ketua Polis Negara

March 17th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula esok Rabu (18 Mac) hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara, orang ramai diminta tidak panik dan mengikut arahan dikeluarkan.

Terbaru, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengulas kembali mengenai Perintah Kawalan Pergerakan. Beliau menyeru kepada orang ramai agar tidak mengambil kesempatan untuk melanggar perintah ini memandangkan ianya perkara serius untuk negara.

Perintah Kawalan Pergerakan

Mulai esok, 18 Mac, pihak polis PDRM diberikan kuasa di atas pengawalan penyakit berjangkit ini bagi mengurangkan penularan wabak ini dari menjadi semakin teruk. Peranan PDRM melaksanakan tugas dan menjalankan kuasa yang diberikan undang-undang ke atas pegawai polis. Menurut KPN, pihak mereka bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan ketenteraman. Sebarang bentuk kesalahan jenayah yang boleh diambil adalah :

  1. Menghalang penjawat awam membuat kerja mereka.
  2. Mengingkari segala arahan yang dikeluarkan.
  3. Melakukan perbuatan cuai seperti sengaja keluar rumah.
  4. Mengingkari aturan kuaratin.

Tambah Tan Sri Abdul Hamid Bador lagi, beliau menyeru agar orang ramai tidak menyebarkan sebarang berita tidak betul bagi mengelakkan wujudkan ‘pembelian panik’ yang berlaku semalam kerana ini bukan perintah berkurung. Ini sekaligus boleh membangkitkan keresahan dalam masyarakat. Beliau berharap agar semua bertanggungjawab dalam menangani isu ini.

Lapor ke balai polis jika balik ke kampung

Dalam pada itu, pihak polis akan mengawal pergerakan dari satu negeri ke negeri atau daerah ke daerah. Ini bertujuan untuk menyekat penularan wabak ini ke tempat lain. Sesiapa yang bertujuan penting untuk ke kampung harus melaporkan ke balai polis terlebih dahulu.

Orang ramai yang ingin pulang ke kampung, harus melaporkan diri terlebih dahulu di balai berhampiran. Kami akan memberikan dokumen perjalanan sebagai bukti untuk perjalanan anda.

Menurut KPN, cara ini dilihat berkesan menerusi pengalaman di negara China, ia nampak begitau efektif. Dengan keluarnya perintah kawalan ini, ianya sudah tentu dapat mengurangkan orang ramai untuk keluar. Malah, KPN turut menegaskan agar orang ramai tidak ambil kesempatan untuk sengaja keluar,

Risikonya amat tinggi. Kita tak tahu apa yang berada di luar dari kediaman kita kerana mungkin tempat kita sudah dicemari tanpa sedar. Semata-mata untuk memuaskan hati kita untuk kita beriadah bersiar-siar. Seboleh-bolehnya tinggal di kediaman masing masing. Saya seru kepada orang orang ramai untuk memberi kerjasama. Jangan ada yang bersifat ‘selfish’ untuk sengaja makan angin tanpa sebab.

Buat peringkat terawal, pihak polis lebih dari memberi nasihat dan meminta agar semua orang ikhlas bekerjasama. Jangan sengaja melakukan perjalanan tanpa sebab demi mencegah wabak ini menjadi semakin parah.

https://www.facebook.com/harianmetro/videos/2486444321606753/

Sumber : BH TV

SKIP THIS AD ×