berita

“Ramai Aaronators Yang Support Saya Selama Ini” – Aaron Aziz

June 6th, 2012 | by Ai
Kini Trending

“Ramai Aaronators yang ‘support’ saya selama ini,” ujar Aaron Aziz.

Aaron ketika ditemui OHBULAN! menyuarakan perasaan gembiranya terhadap sokongan yang diberikan oleh peminat terhadap dirinya selama ini. Hampir memasuki tahun kedua, Aaron kini sering tampil sebagai duta produk minuman tenaga “Drive M7” bersama seorang lagi selebriti, Zizan (Raja Lawak).

Aktor popular yang baru sahaja selesai menunaikan umrah ini kelihatan berseri di majlis pelancaran produk minuman “Drive M7 Energy Drink” bertempat di Prince Hotel Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Aaron, minuman isotonik “Drive M7” tidaklah semanis minuman isotonik yang lain. Ia juga kaya dengan Vitamin B yang sememangnya penting untuk pemulihan tenaga. Dengan minuman isotonik ini, badan akan lebih bertenaga dan tidak mudah letih.

“Pertama kali saya kenalkan minuman ini pada Zizan, dia turut mengakui bahawa air ini memberikannya tenaga semasa kami menjalani sesi penggambaran untuk filem KL Gangster dulu,” ujar Aaron lagi.

Untuk pengetahuan, Aaron Aziz dan Zizan telah dipilih sebagai duta minuman isotonik, “Drive M7 Energy Drink” bersama raja ‘drift’ negara, Tengku Djan Ley.