berita

Ramai Ambil Kesempatan Buat ‘Fake Account’ Mizz Nina Di TikTok

August 11th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Berita penceraian yang membabitkan pasangan selebriti popular, Noh Salleh dan Mizz Nina masih menjadi perbualan hangat netizen di media sosial. Bagaimanapun, penyanyi berusia 42 tahun ini kelihatan tenang menghadapi dugaan yang berlaku pada dirinya dan Musa.

Artikel berkaitan : ‘Syukur Habiskan 11 Tahun Yang Indah Bersama’ – Noh Salleh

Artikel berkaitan : ‘Dia Yang Guide Aku, Nina Yang Ubah Aku’ – Noh Salleh

Artikel berkaitan : Mizz Nina, Noh Salleh Cerai?

Ada individu buat akaun palsu

Menerusi Instagram Stories, Mizz Nina memaklumkan bahawa terdapat beberapa individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan namanya membuka akaun palsu di laman TikTok sehingga ada yang percaya ianya merupakan akaun sebenar. Satu akaun TikTok dengan nama @mizzninaa._ telah menerima lebih 37 ribu pengikut.

Akaun di TikTok itu bukan saya.

Dalam pada itu, pemilik nama Shazrina Azman turut meminta orang ramai untuk melaporkan atau memadamkan akaun palsu itu kerana dia hanya mempunyai satu sahaja akaun di TikTok iaitu @officialmizznina, namun tidak menggunakannya.

Ini adalah akaun TikTok sebenar saya @officialmizznina, tapi saya tidak menggunakannya sama sekali.

Foto tangkap layar

Sumber : officialmizznina

SKIP THIS AD ×