berita

Ramai Artis Jemputan Terpedaya & Tertipu, Ini 5 Sebab I Can See Your Voice Malaysia Musim Ke-3 Best!

March 25th, 2020 | by Shahira
Shout Out!

Rancangan realiti yang diadaptasi daripada program hiburan popular Korea Selatan iaitu ‘I Can See Your Voice’ sememangnya telah menjadi salah satu rancangan yang digilai ramai. Keunikan dan idea kreatif yang ditonjolkan dalam setiap segmen permainan ini telah berjaya memukau minat para penonton.

Jadi, untuk kali ini apa kata kami kongsikan lima sebab kenapa korang WAJIB tonton program ICSYVM musim ketiga ini yang sememangnya lebih menarik dan kelakar!

1. Artis veteran dan influencer sebagai ‘penyanyi misteri’

Mungkin ramai yang sudah tahu, I Can See Your Voice musim sebelum ini menampilkan enam penyanyi misteri. Apa yang menariknya pada kali ini mereka telah menampilkan penyanyi misteri dalam kalangan artis professional dan veteran serta penyanyi yang baru menerpa nama dalam industri seni tanah air (BBNU).

Semasa episod minggu ketiga, I Can See Your Voice telah menampilkan penyanyi veteran iaitu salah seorang ahli kumpulan dangdut Eva, Linda atau Norhaslinda Ishak sebagai penyanyi misteri. Tidak kurang juga, ada dalam kalangan penyanyi misteri yang merupakan influencer media sosial dan pelakon tambahan dalam industri seni tanah air. Dari sini kita dapat lihat sejauh mana kemampuan ahli panel penyiasat bersuara sumbang dan artis jemputan dalam menilai bakat sebenar penyanyi misteri.

Jadi, mampukah kesemua ahli panel penyiasat dan artis jemputan ini membuat pilihan yang tepat dengan menyingkirkan penyamar sebenar? Dengar kata sampai ada yang sampai ‘pening kepala’ nak buat keputusan. Sama-sama kita nantikan!

2. Penampilan artis lama dan ‘BBNU’

Kalau korang nak tahu, ICSYVM musim ketiga ini juga menampilkan artis jemputan dari pelbagai peringkat umur iaitu artis lama dan juga ‘budak-budak baru nak up’ (BBNU). Menerusi setiap episod yang disiarkan, kita dapat melihat pelbagai pandangan dan pendapat peribadi artis jemputan terhadap keenam-enam penyanyi misteri. Mereka akan sedaya upaya memberi sebab dan alasan mengapa mereka memilih penyanyi misteri tersebut untuk disingkirkan.

Antara artis lama yang telah dijemput ke studio I Can See You Voice adalah seperti Dato’ Hattan, Erra Fazira, Sham Visa, Siti Nordiana dan Stacy manakala bagi artis BBNU pula ialah Ismail Izzani. Mereka turut menampilkan pelakon terkenal sebagai ahli panel penyiasat bersuara sumbang, antaranya ialah Rozita Che Wan, Nabila Huda, Kamal Adli, Mira Filzah dan pengarah terkenal, Michael Ang.

3. Penyanyi misteri ‘power’ berlakon

Kehebatan lakonan keenam-enam penyanyi misteri ini memang power dan mantap! Ramai dalam kalangan ahli panel bersuara sumbang telah tertipu dengan lakonan penyanyi misteri. Apa yang lebih melucukan apabila penyamar sebenar telah layak sampai ke pusingan akhir dan berduet bersama artis jemputan.

Ketika minggu ketiga, Ismail Izzani yang telah hadir sebagai artis jemputan akhirnya tertipu dengan lakonan Che Yasmeen Shahirah sebagai penyamar bersuara sumbang. Bukan itu sahaja, Dato Hattan dan Erra Fazira juga telah terpedaya dengan lakonan penyanyi misteri Nur Asya Syamimi dan Wan Nurin Nadhira sehingga telah melayakkan mereka ke pusingan akhir dan meraih wang tunai sebanyak RM 3,000.00 (RINGGIT MALAYSIA TIGA RIBU).

Reaksi ‘terkesima’ yang ditunjukkan oleh ahli panel penyiasat bersuara sumbang dan artis jemputan cukup menghiburkan. Lebih-lebih lagi apabila mendengar suara sebenar penyamar yang mendendangkan lagu. Siap tepuk dahi lagi!

4. Ahli panel penyiasat bersuara sumbang ‘lip sync’ lagu

Lebih menarik apabila ada dalam kalangan ahli penyiasat bersuara sumbang turut mengambil bahagian dalam permainan ini dimana mereka akan dipanggil ke hadapan pentas untuk mempersembahkan lip sync seperti yang dilakukan oleh penyanyi misteri.

Pelakon cantik jelita Mira Filzah dan Nabila Huda masing-masing tidak melepaskan peluang dengan menunjukkan bakat mereka melakukan lip sync. Kesungguhan dan idea kreatif yang ditonjolkkan oleh mereka ketika melakukan lip sync sememangnya kelakar dan mencuit hati.

Gelagat dan telatah spontan mereka cukup menghiburkan para penonton di studio dan di rumah. Kelakar habis lah diorang ni!

5. Penonton dapat kad pilih penyanyi misteri

Berbeza dengan musim-musim sebelum ini, ICSYVM pada musim ketiga telah menarik perhatian apabila melibatkan para penonton di studio untuk membantu artis jemputan dalam membuat keputusan. Bukan itu sahaja, penglibatan mereka secara tidak langsung mampu mempengaruhi dan menambahkan kekeliruan artis jemputan untuk menyingkirkan penyamar.

Berhibur dengan pelbagai gelagat dan kejutan dalam ICSYVMY 3 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim dalam definisi tinggi di laman sesawang www.tonton.com.my .

Sumber: TV9 Malaysia

SKIP THIS AD ×