Seorang individu mencuri perhatian di media sosial selepas berkongsi pandangan peribadi mengenai dakwaan semakin ramai kaum Cina yang memeluk Islam dan bergelar mualaf.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Remaja Mualaf Dari Kemboja Raih Perhatian Warganet, Gigih Bantu Ibu Bapa Jual Mangga

Kos mati mahal

Menerusi hantaran di TikTok, individu dikenali sebagai Jacob Chai mendakwa faktor kos pengurusan kematian yang semakin tinggi dalam kalangan masyarakat Cina menjadi antara sebab segelintir individu mengambil keputusan memeluk Islam.

Ramai orang Cina masuk Islam dan ramai jadi mualaf, sebab kos kematian orang Cina semakin tinggi dan mahal. Kos barang hari ini semakin tinggi, maka barang juga semakin mahal.

Jadinya orang Cina dewasa yang sudah tua, mereka akan pilih untuk masuk agama Islam sebab mereka tidak mahu menyusahkan keluarga dan anak-anak.

Ada juga yang segelintir kaum Cina bukan tujuan asal mahu betul-betul masuk Islam, tapi mereka dipaksa oleh keluarga.

Dalam perkongsian sama, Jacob turut mendakwa kos pengebumian kalangan masyarakat Cina boleh mencecah puluhan ribu hingga ratusan ribu ringgit.

Kalau kalian mahu tahu, orang Cina ada dua jenis cara uruskan kematian, yang pertama bakar guna api. Kos bakar guna api lebih murah, sekitar RM20,000 hingga RM50,000.

Cara kedua adalah tanam dalam kubur. Cara ini lebih mahal kerana perlu beli tanah, kos sekitar RM50,000 hingga RM100,000. Sangat mahal dan kos itu saban tahun semakin naik.

Jacob juga mendakwa terdapat individu yang memilih untuk memeluk Islam bagi memudahkan urusan selepas kematian kerana menurutnya proses pengurusan jenazah Islam adalah lebih ringkas dan tidak membebankan.

Jika mereka memilih untuk peluk Islam sebelum meninggal dunia, itu adalah lebih mudah. Tidak perlu risau dan stress. Kerana akan ada yang akan uruskan secara percuma.

Kepada semua orang Cina yang tidak mahu menyusahkan anak dan ingin berjimat kos untuk mati, kalian boleh pilih masuk agama Islam sebelum mati. Kos kematian Islam sangat murah.

Orang Islam jika kamu meninggal pada hari tersebut, pada hari sama juga akan ditanam. Tidak seperti kaum lain yang perlu simpan mayat tersebut.

Sumber: TikTok