
Pengarah terkenal, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin mendedahkan personaliti rakan selebritinya iaitu Que Haidar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Puji Que Haidar ‘Gentleman’ – ‘Selalu Saya Yang Ambilkan Air’
Artikel Berkaitan: Que Haidar Jatuh Hati Pada Ketenangan Kuala Pilah, Lebih Tiga Bulan Tak Balik – ‘Rindu Rumah & Katil’
Orang yang sederhana
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Raja Mukhriz memaklumkan dirinya mengenali Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar sekitar awal 1997.
Menurut suami kepada pelakon Sharifah Shahora itu, dia menyifatkan Que Haidar sebagai seorang yang sederhana dengan personalitinya yang dipenuhi adab.
Que manusia yang sederhana, jujur dan mudah didekati. Menghormati orang di sekelilingnya, menjaga adab, dan sentiasa dengan energi positif.
Serius dalam perkara yang dibuat serta fokus. Penyayang dan mudah rasa simpati.
Masa bujang, Que menawan dan ramai akan jatuh hati dengan dia kalau bersemuka. Bukan dibuat tapi itulah dia.
Pemikiran ke arah bisnes. Dia akan buat sampai jadi.
Kalau dia buat salah, dia akan terus minta maaf. Jiwanya sensitif, boleh tak bercakap dengan manusia lain berbulan lamanya.
Memilih dalam apa yang dibuat
Berkongsi lanjut, Raja Mukhriz mengakui selektif dalam memilih naskhah terbaik sebelum menawarkan watak kepada pelakon berusia 46 tahun itu agar selari dengan kemampuan dan kekuatan lakonannya.
Dia terperinci dan akan memilih apa dia nak buat. Walaupun saya kawan dia, seeloknya skrip harus disesuaikan dengan bakatnya.
Range performance dia besar, seorang pelakon method.
Intonasi Que sangat baik untuk sinema, boleh dengar dalam siaran langsung atau filem cara dia kawal nota tinggi dan rendah.
Sumber: Threads @rajamukhriz