Gara-gara ramai yang kecewa tiket konsert ‘Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ habis dijual dalam masa dua jam, penyanyi nombor satu negara itu ketika ini sedang berusaha untuk menambah jualan tiket.
Artikel Berkaitan: Ramai Kecewa Tiket Konsert Siti Nurhaliza ‘Sold Out’ Dalam Masa 2 Jam – ‘Rasa Macam Putus Cinta’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penulis Lirik Menangis, Terharu TokTi ‘Cover’ Lagu Dawai – ‘Ini Adalah Penghormatan Terbesar’
Demi peminat
Menerusi video yang dimuat naik semula di platform X, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat sedang bersiaran langsung mempromosikan produk.
Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang menyatakan kehampaan mereka kerana tidak berjaya membeli tiket konsert tersebut.
Jangan lah sedih, kejap ya saya dan team saya tengah berusaha banyak-banyak ni untuk kami tambah lagi seat (tempat duduk). Kasihanilah kami juga, kami pun terkejut dalam masa dua jam dah habis..semua dah kelam kabut.
Justeru itu, pelantun lagu Anta Permana dan pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk memuaskan hati peminatnya agar mereka dapat hadir ke konsert.
Ramai yang telefon, telefon Datuk K, PA (pembantu peribadi), anak-anak, adik beradik saya..minta ada lagi tak tiket. Tapi kami akan cuba untuk beri yang terbaik.
Terdahulu, Siti Nurhaliza memaklumkan bahawa dia bakal mengadakan konsert pada 9 Mac 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Sumber: Twitter