
Dalam pelaksanaan ibadah solat, kebersihan diri dan penutupan aurat bukan sahaja menjadi syarat utama, malah ia turut memastikan solat dilakukan dengan khusyuk dan diterima oleh Allah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Benarkah Syed dan Sharifah Keturunan Nabi Muhammad SAW? Ini Penjelasan Ringkas Dari Ustaz Azhar Idrus
Artikel Berkaitan: Tengah ‘Buang Hajat’ Kawan Ajak Berborak, Apa Hukum Dalam Islam?
Tiga kategori pergerakan yang membatalkan solat

Namun, terdapat segelintir individu yang menunaikan solat tanpa memakai pakaian dalam, sama ada kerana keselesaan, kebiasaan harian, atau kekeliruan mengenai hukum sebenar.
Menurut perbahasan dalam kitab Minhaj al-Tolibin, mazhab al-Syafi‘i menekankan bahawa pergerakan anggota badan semasa solat adalah penting dalam menentukan sah atau batalnya solat.
Pergerakan tertentu boleh membatalkan solat bergantung kepada jenis, kadar, dan keadaan pergerakan tersebut.
Sekiranya seseorang melakukan perbuatan lain yang sejenis semasa solat, solat terbatal kecuali kerana terlupa. Jika perbuatan berlainan jenis, solat hanya terbatal jika pergerakannya banyak, dan tidak terbatal jika sedikit.
Dan jika dia melakukan di dalam solatnya sesuatu perbuatan lain sekalipun dari jenisnya, maka terbatal solat kecuali kerana terlupa.
Dan jika perbuatan itu bukan dari jenisnya, maka batal solatnya jika dilakukan dengan pergerakan yang banyak, dan pergerakan yang sedikit tidak membatalkan solat.
Sah selagi menutup aurat

Menurut ulama mazhab al-Syafi‘i, pergerakan dianggap banyak jika anggota utama seperti tangan, kaki, atau kepala digerakkan berturut-turut tiga kali atau lebih tanpa sela.
Sebaliknya, pergerakan yang ringan anggota seperti lidah, bibir, kelopak mata, jari, atau anggota sulit tidak dianggap membatalkan solat walaupun berulang kali, selagi ia tidak melibatkan pergerakan besar anggota utama.
Mazhab ini turut mengambil kira keadaan darurat atau situasi di luar kawalan individu, di mana pergerakan yang dilakukan akibat keperluan mendesak seperti menggaru penyakit kulit yang teruk atau menggigil kerana kesejukan tidak membatalkan solat.
Perkara ini turut dinyatakan dalam sebuah kitab fiqh Nail al-Raja, yang menegaskan bahawa pergerakan di luar kemampuan seseorang tidak termasuk kategori yang membatalkan solat.
Sehubungan itu, ibadah solat yang dilakukan tanpa memakai pakaian dalam adalah sah selagi syarat menutup aurat dipenuhi.
Hal ini kerana, pergerakan zakar atau payudara tergolong dalam pergerakan yang tidak dapat dikawal sepenuhnya dan tidak dikira sebagai pergerakan besar yang membatalkan solat menurut ketetapan mazhab al-Syafi‘i.
Sumber: Sirap Limau, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan






![[VIDEO] Penampilan Isteri Prince Syed Sorot Perhatian, Netizen Tegur Gaya Pakaian](https://asset.ohbulan.com/2026/07/isteri-2.jpg)

