Penyampai radio, DJ Sonic, tampil menafikan dakwaan segelintir pihak yang menganggap Fazura kurang menerima tawaran kerja termasuk sebagai duta jenama. 

Artikel Berkaitan: Kejutan! Fazura Diumum Sebagai Wajah Kolaborasi Eksklusif Fenomena Raya 2026

Artikel Berkaitan: [VIDEO] DJ Sonic Terharu Fazura Hadiahkan Kasut Boot – ‘Setiap Kali Bercuti Pasti Ada Manis-Manis Untuk Kawan-Kawan’

Sebenarnya banyak tawaran datang

View on Threads

Menerusi satu hantaran di laman Threads, DJ Sonic atau nama sebenarnya Awang Suffian Awang Hussein, mendedahkan bahawa sejak melalui pelbagai dugaan dalam hidupnya, Fazura sebenarnya mendapat banyak tawaran daripada pelbagai jenama.

Sebenarnya, selepas Fazura lalui dugaan dalam hidupnya. Bukan tak ada jenama yang inginkan Fazura, banyak dan terlalu banyak! 

Ramai kutuk kata tak ada rezeki itulah, tak ada nak ambil duta lah.

Bagaimanapun, aktres itu menolak kerana mahu memberi keutamaan kepada jenamanya sendiri dan memberi fokus kepada anaknya, Nur Fatima Aisya.

Fazura tolak sebab belum masanya untuk dia buka ruang itu. Dia nak fokus anak dan jenama sendiri. 

Cuma dia yakin percaturan Allah itu Maha hebat! Fazura boleh je terima tapi dia ada prinsip yang dia je tahu!

Untuk info, Nur Fazura diumumkan sebagai wajah kolaborasi eksklusif koleksi raya 2026 oleh jenama tekstil dan fesyen terkemuka tanah air, Jakel.

Sumber: Threads DJ Sonic