Lagu ‘Sayunk I Love’ nyanyian Chombi atau nama sebenarnya Siti Mariam kian menjadi pilihan para pendengar terutamanya di TikTok. Lagu tersebut sering digunakan oleh netizen sebagai background music untuk konten-konten di media sosial berkenaan.
Berikutan daripada itu, Chombi yang juga anak kepada pencipta lagu terkenal, Harry Khalifah telah menjad tumpuan ramai lebih-lebih lagi peminat lelaki yang terpesona dengan kecantikannya!
Nak jadi menantu boleh?
Di Instagram, rata-rata peminat lelaki mula berseloroh dan berkata mahu jadi menantu Harry. Menurut Harry atau lebih mesra disapa sebagai Apak, dia tidak kisah sekiraya ada lelaki ingin datang melamar anak kesayangannya itu. Malah, dia bersifat terbuka menerima kedatangan individu berkenaan. Bagaimanapun, Apak tetap akan melindungi dan mengawasi anaknya memandangkan dia masih berusia 15 tahun.
Sebagai bapa, saya akan lindungi dia sebab masih lagi di bawah umur, masih 15 tahun. Kalau orang nak berkawan pun tiada masalah. Bab melamar, kalau nak ikut dari segi pemilihan tu saya tak kisah, saya seorang yang terbuka.
Tambah Apak, individu berkenaan mestilah boleh menjaga dan memimpin anaknya.
Kalau dia datang dan boleh jaga anak saya, boleh pimpin dia, dah cukup. Tapi, jangan dipukul anak saya sebab saya tak pernah pukul dan jentik anak saya. Sebab saya awasi Chombi 24 jam. Kalau saya tiada, ada orang lain yang akan jaga dia dan lindungi dia.
Saya orang Kedah
Terbaru, Apak dilihat membawa Chombi bersiar-siar di negeri Kedah. Ternyata anak perempuannya itu seronok melihat pemandangan sawah padi negeri tersebut. Bukan itu sahaja, peminat lelaki turut membanjiri ruangan komen dan berkata mereka berasal dari negeri Kedah dan layak untuk menjadi calon suami Chombi.
Sumber: Xtra