
Pempengaruh media sosial dan penyampai radio, Ashhrapp memaklumkan bahawa ramai memintanya untuk menjemput pendaki wanita, Jaslinda Saludin, yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika mendaki di Gunung Batu Putih, untuk menjadi tetamu dalam rancangan podcast kendaliannya, Ashhrapp Channel.
Artikel Berkaitan: Jaslinda ‘Survive’ Dalam Hutan Dengan Minum Air Periuk Kera, Ini Kebaikan & Bahaya Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Berkaitan: Lima Hari Sebelum, Lelaki Sudah Ramal Lokasi Jaslinda Akan Ditemui…Rupanya Pernah Bertugas Di Unit Khas Rawat Orang Asli
Tidak perlu berebut interview

Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik nama Ashraf Kamal berpendapat bahawa bukan semua perkara wajar dijadikan sebagai kandungan media sosial.
Ramai yang minta Ashhrapp Channel bawa Jaslinda ke podcast.
Sejujurnya, tidak semua perkara boleh dijadikan content dalam masa 24 jam.
Tambah Ashhrapp, keutamaan ketika ini seharusnya diberikan kepada Jaslinda dan keluarganya untuk meluangkan masa bersama selepas berbelas hari menanti kepulangannya.
Jaslinda baru sahaja ditemui.
Keluarganya pun baru nak lepaskan rindu, air mata dan rasa syukur selepas berbelas hari menunggu.
Saya tak rasa ini masa yang sesuai untuk berebut siapa paling awal dapat interview.
Dalam pada itu, dia turut menegaskan bahawa nilai kemanusiaan seharusnya diutamakan berbanding mengejar populariti dan perhatian di media sosial.
Ada ketika, rasa kemanusiaan perlu didahulukan daripada mengejar populariti.
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Jaslinda dan keluarga.
Terdahulu, Jaslinda Saludin dilaporkan hilang sejak 23 Mei ketika menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain serta dua malim gunung melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.
Bagaimanapun, Jaslinda akhirnya berjaya ditemui oleh penduduk Orang Asli berhampiran kawasan sungai di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh, Perak pada Sabtu lalu.
Sumber: Threads








