berita

Ramai Minta Tukar Pembantu Peribadi, Ini Respon Ebit Lew ‘Mudah-Mudahan Semua Jadi Baik Nanti’

July 22nd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Semalam, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL), akhirnya tampil ‘bersuara’ dan membuat laporan polis mengenai kontroversi isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestine.

Artikel berkaitan : ‘Saya Tak Pernah Buka Satu Tabung Pun Untuk Pergi Gaza’ – Ebit Lew

Artikel berkaitan : Nadir Akhirnya Buka ‘Cerita Sebenar’ Kenapa Misi Bantuan Ustaz Ebit Lew Ke Gaza Dipertikai

Artikel berkaitan : Nadir Dakwa ‘Cara’ Team Ustaz Ebit Lew Masuk Ke Gaza Tidak Tersusun?

Terbaru, menerusi IG LIVE sebentar tadi UEL menjawab pertanyaan pihak media mengenai pembantu peribadinya yang dikatakan terlalu kebudak-budakan dan mempunyai banyak ‘cerita’ kurang elok seperti yang didedahkan di media sosial.

Dakwaan mengenai PA adalah fitnah

Ustaz Ebit Lew menjawab persoalan mengenai isu tukar pembantu (PA). Menurutnya, apa yang terjadi sekelilingnya masih dalam pengetahuannya dan segala dakwaan yang terpalit dengan pembantu peribadinya adalah fitnah sama sekali.

Tapi apa yang dituduh tu adalah melampau, fitnah. Kalau betul saya mengaku je.

Team saya terdiri daripada ramai orang, macam-macam latar belakang. Team saya ni ibarat mesin basuh kain kotor bila keluar jadi bersih.

Dalam team ni semua orang kita ambil. Mudah-mudahan semua nanti jadi baik. Ada yang bawah jambatan. Saya kutip budak dari dalam hutan jadi sebahagian team. Dulu transgender, ada juga.

Walau bagaimanapun, Ebit Lew menegaskan bahawa bukan tugasnya untuk menilai seseorang dan tidak akan merendahkan mana-mana orang sekalipun.

Sumber : Ustaz Ebit Lew

SKIP THIS AD ×