
Personaliti media sosial, Zhiddin Aziz, menegaskan bahawa aspek sekufu merupakan elemen penting yang perlu diberi keutamaan dalam membina sesebuah hubungan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zhiddin Aziz ‘Throwback’ Ucapan Raya Arwah Aziz Desa – ‘Kita Datang Sebagai Tetamu Senja, Bila Pulang Bawa Dosa Pahala’
Artikel Berkaitan: ‘Nasi Lemak Hilang Identiti Tiada Yang Tegur, Tapi Bila Makanan Barat.. Dia Paling Cepat Menjaga’ – Zhiddin Aziz
Syed Saddiq jadi impian para wanita
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Zhiddin atau nama lengkapnya Mas Zhiddin Zhiddan Abdul Aziz mempersoalkan segelintir wanita yang jadikan Syed Saddiq sebagai lelaki impian.
Dalam pada itu, Zhiddin berpendapat bahawa seseorang yang luar biasa seharusnya dipadankan dengan pasangan yang setara agar keseimbangan dalam hubungan dapat dicapai.
Ramai nak lelaki macam Syed Saddiq, boleh. Tapi mampu tak jadi wanita macam Bella Astillah?
Dari dunia hiburan, dipertemukan dengan lelaki dari dunia wacana ilmu, pemikiran dan rentak buku.
Ketika dia bercakap tentang isu negara, mampu tak keluar dari bisu atau jadi batu?
Ketika dia berbicara tentang idea, mampu tak meraikan atau diri terasa bosan?
Jadi, kalau nak pasangan luar biasa, berusaha jadi seseorang yang layak untuk berdiri di sebelahnya.
Bukan untuk sempurna, tetapi untuk setara.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Zhiddin yang menekankan tentang sekufu dalam sesebuah hubungan.
Sumber: Threads @zhiddinazizz







