Rambut aku gugur teruk wei!
Baik lelaki mahupun wanita, semua orang akan mengalami keguguran rambut. Rambut gugur seiring peningkatan usia juga adalah satu situasi yang normal. Tapi kalau gugur dengan teruk, rambut korang mungkin dah kering dan mula rosak.
Alamak! Kalau dah mula kering dan rosak, nak jumpa orang pun jadi segan. Macam mana nak selesaikan masalah ni? Jangan risau, kali ni kami nak kongsikan satu jenama shampoo rambut dengan siri terbaik untuk korang.
Moist Diane merupakan shampoo rambut buatan Jepun yang berasaskan minyak. Ramai bagi review yang memuaskan selepas menggunakan shampoo ni. Rambut jadi lebih lembut dan tak gugur lagi!
Korang patut cuba Perfect Beauty Series oleh Moist Diane. Ia mengandungi Organic Argan Oil and Beauty Keratin dalam setiap siri untuk jenis dan keperluan rambut yang berbeza!
Bagi korang yang berdepan dengan masalah rambut rosak, kami cadangkan korang cuba Perfect Beauty Series oleh Moist Diane. Shampoo untuk siri ini bebas daripada silicon dan selamat untuk digunakan.
Ada dua pakej untuk korang pilih dalam Perfect Beauty Series oleh Moist Diane iaitu Miracle You dan Night Repair. Kita tengok satu demi satu ya. Lepas tu, korang pilih mana yang sesuai dengan rambut korang.
Kalau korang nak tahu, antara bahan yang digunakan dalam rangkaian produk Miracle You oleh Moist Diane ialah Organic Ghee Oil (Formulasi Ghee Oil pertama di Jepun dalam kelas kosmetik), Miracle Cuticle Coat dan Miracle Colour Protect. Biar kami terangkan setiap fungsi bahan ni:
Bagi korang yang sering mewarnakan rambut, menggunakan hair dryer atau rambut selalu terdedah kepada cahaya matahari, korang boleh pilih siri Miracle You. Pakej ni merangkumi shampoo, treatment, hair mask dan serum. Lengkap untuk penjagaan rambut!
Hair mask rangkaian penjagaan Miracle You ni best sangat. Ianya membantu merawat masalah rambut bercabang, rambut rosak dan juga sesuai digunakan bagi merawat rambut yang telah diwarnakan. Guna 2 hingga 3 kali seminggu untuk rambut yang lebih sihat, cantik dan bersinar.
Selain hair mask rangkaian Miracle You, Moist Diane juga ada hair serum tau. Menariknya hair serum ni bukan sahaja cepat kering dan menyerap pada rambut.
Ianya juga memiliki formula yang dirumus khas sebanyak 3 kali lebih baik untuk membantu merawat rambut bercabang, rambut rosak dan melindungi rambut daripada cahaya ultra violet (UV). Sangat sesuai bagi korang yang mewarnakan rambut.
Bila masa sesuai pakai hair serum ni?
Korang boleh gunakannya sebelum korang mengeringkan rambut atau sapukannya bila perlu untuk menjinakkan rambut keriting. Rambut akan jadi lebih licin dan lembut serta-merta!
Senang cerita, masalah rambut korang akan selesai kalau pakai Miracle You oleh Moist Diane. Semuanya dah lengkap, korang tak payah fikir nak beli asing-asing. Alahai, tak sabar nak cuba!
Siapa kat sini yang rambut dah rosak teruk, boleh cuba Night Repair oleh Moist Diane. Pakej ni merangkumi shampoo dan treatment. Ha..treatment ni fungsinya sama seperti conditioner. Sesuai digunakan pada rambut yang kering, rosak, berwarna dan kerinting.
Bahan yang digunakan dalam Night Repair oleh Moist Diane ialah Organic Argan Oil dan Night Repair Keratin. Ia juga mengandungi Relax Floral Fragrance supaya korang boleh tidur lebih lena dan sekaligus mewangikan rambut! Bahan ni mempunyai fungsinya tersendiri:
Eh, kejap. Bukan tu je yang Moist Diane ada tau.. Untuk pengetahuan korang, Moist Diane ada jugak pilihan lain bagi memudahkan korang buat pilihan rangkaian produk penjagaan rambut yang mana lebih bersesuaian dengan keperluan rambut korang. Antaranya…
Wah, banyak betul pilihan yang Moist Diane ada! Bolehlah korang cuba lepas ni. Orang lain pun dah ramai guna dan semuanya berpuas hati.
Korang boleh dapatkan semua produk Moist Diane di seluruh cawangan Watsons, Shopee & Lazada. Barulah letup rambut korang nanti.
Shopee : http://bit.ly/2MZgHu4
Lazada : https://bit.ly/2yIJxLK
Watsons : https://www.watsons.com.my/all-brands/b/164219/moist-diane
Nak info lebih lanjut mengenai rangkaian produk penjagaan rambut Moist Diane, korang boleh terus klik link di bawah ya. Jangan lupa like dan follow ya. Mana tahu Moist Diane buat promosi nanti, taklah korang ketinggalan.
Facebook: Moist Diane Malaysia
Instagram: @moistdianemy