berita

Ramai Tak Puas Hati Aliff Aziz Juara GV8, Minta Astro ‘Kira’ Balik Markah Nikki & Suki

January 24th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Pertarungan pentas akhir musim kelapan Gegar Vaganza (GV8) menyaksikan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz dinobat sebagai juara program realiti berkenaan selepas berjaya menewaskan lima penyanyi lain.

Artikel berkaitan: Netizen Panas Hati Aweera Dapat Tempat Keenam Dalam GV8, Tok Ram Kata Salah Pilih Lagu

Artikel Berkaitan: ‘Dari Gegar Vaganza Musim 1 Hingga 8, Semua Lagu Peserta Yang Pilih’ – Tok Ram

Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Juara GV8, Wang Tunai RM100,000 Jadi Milik

Namun, terdapat sesetengah netizen yang tidak berpuas hati dengan kemenangan yang dimiliki oleh Aliff dan ada juga di antara mereka yang tidak berpuas hati kerana Aweera mendapat tempat keenam. Aliff tak layak ke?

Tak puas hati Aliff Aziz menang

Menerusi pemerhatian OhBulan! di Twitter, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati apabila Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara GV8. Menurut netizen, Aliff sering membawa lagu yang selesa dan sesuai dengan kemampuan vokalnya. Bukan itu sahaja, pelantun suara ‘Sayang Sayang’ itu dikatakan jarang membawa pelbagai genre semasa bertanding dalam pertandingan tersebut.

Masih tak faham kenapa Aliff Aziz juara lepas tu Aweera no.6. Aweera tu sepatutnya at least atas sikit lah dan Suki atau Nikki yang lebih perform sebenarnya tapi entalah malas.

Aliff suara kepit pun juara tapi ramai minat dia. Rezeki dia.

Yes markah tak campur but come on. Bila masa Aliiff dapat lagu yang mencabar? Semua boleh tengok peserta yang lain struggle dan Aliff dapat lagu yang senang untuk diri dia. Ini memang tidak adil.

Ujar netizen lagi, Nikki Palikat dan Suki Low antara finalis yang layak dinobatkan sebagai juara. Kedua-dua finalis ini sering menyahut cabaran para juri dan menampilkan persembahan yang memukau. Untuk pentas akhir semalam, Aliff telah membawa lagu ‘Sampai Syurga’ nyanyian Faizal Tahir dan lagu duet ‘Dealova’ bersama Hafiz Suip. Bagi pusingan battle, Aliff dan Aweera telah bertarung dan membawa lagu ‘Bangun’ nyanyian Aman RA.

Kenapa Aweera dapat tempat keenam?

Tidak terhenti di situ, ada juga di antara netizen yang tidak berpuas hati dengan kedudukan keenam Aweera dan berpendapat Aweera layak untuk berada di tangga keempat teratas. Ujar netizen, Aweera antara finalis yang berani dan memberikan sesuatu yang baru buat semua.

Terkejut Aweera dapat tempat yang terakhir. At least top 4 dah okay. Tapi awak yang dah buat yang terbaik. Aliff Aziz masih hebat.

Aweera memang tak perform malam tadi boleh terima hakikat. Tapi Aliff dapat juara macam keputusan yang terencat saja. Patut Nikki atau Suki.

Aweera patutnya menang malam tadi, suara dia padu.

Walau bagaimanapun, Dato Ramli MS telah menjawab persoalan netizen berhubung isu Aweera berada di kedudukan yang keenam. Menurut Tok Ram, Aweera tersalah pilih lagu dan rakan duet perempuannya ada masalah besar pada range.

Nombor satu pemilihan lagu salah. Lagu duet tu lagu perempuan. Kalau pada saya if lagu untuk minggu berikutnya keluar, saya tak tahu dan bila dah keluar, dah tak boleh buat apa-apa. Jadi, bila rakan duet perempuan akan ada masalah besar range, sebab lagu tu lagu perempuan. Kalau dia menyanyi dengan lelaki okey. That song bukan dia execute very well.

Sumber : Twitter

SKIP THIS AD ×