berita

Ramai Tak Sedar 8 Pekerjaan Ini Sebenarnya Memberi Impak Besar Dalam Kehidupan Kita

September 27th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Min yakin semua yang sedang membaca story ni kebanyakannya dah bekerja atau sedang mencari kerja. Setiap hari korang keluar rumah, dalam perjalanan tu mesti jumpa raaamai orang kan?

Keluar rumah jumpa makcik cleaner sapu sampah, dekat tol jumpa petugas tol, nak bayar makanan jumpa cashier

Korang sedar tak, orang-orang macam ni dan pelbagai lagi pekerjaan kat luar sana kadangkala kita tak sedar kewujudan mereka tapi sebenarnya memberi impak besar dalam kehidupan kita. Nak tau apa lagi pekerjaan-pekerjaan lain yang min maksudkan? Teruskan membaca…

1. Tukang bersihkan longkang

Min yakin tepi rumah atau office korang mesti ada longkang kan? Kalau tersumbat, siapa yang bersihkan? Mestilah cleaner yang bekerja dengan majlis bandaraya sekitar. Diorang yang akan kaut sampah sarap dan daun-daun yang menyekat aliran air…

Sampah-sampah tu semua datang dari mana? Dari korang jugak yang suka hati buang sampah merata! Jadi, berterima kasihlah pada cleaner yang korang nampak bila keluar rumah tu. Takde diorang, kawasan rumah atau office korang tu boleh banjir tau!

2. Technician lampu isyarat

Sekeliling kita ni, penuh lampu isyarat. Asal keluar rumah je jumpa simpang, mesti ada lampu isyarat. Tapi, korang sedar tak siapa yang control dan baiki lampu isyarat tu bila rosak? Ada technician yang bertanggungjawab menguruskannya tau…

Kalau takde siapa urus, makin banyak kemalangan terjadi kat negara kita. Yelah, tak tahu siapa patut berhenti, siapa patut beri laluan. Dengan adanya ‘tukang control‘ dan technician macam diorang ni, banyak jasa pada kita kan?

3. Operator kecemasan

Bayangkan jam 3 pagi korang tiba-tiba sakit yang tak boleh tahan dan korang kena pergi hospital time tu jugak tapi takde orang hantar. Mesti korang call 999 untuk kecemasan kan? Confirm ada operator akan bantu korang dengan hantar ambulan…

Siapa yang kerja operator tak kiralah kecemasan, telco dan sebagainya, mesti faham kerja diorang macam mana. Ada shift, jawab panggilan dengan pelbagai karenah pelanggan dan macam-macam lagi. Dalam tak sedar operator ni banyak bantu kita kan?

4. Mereka yang bekerja di sebalik dunia penyiaran

Kalau takde penyampai radio, berita, wartawan dan mereka yang bekerja di sebalik dunia penyiaran ni, korang takkan dapat tahu berita terkini yang berlaku di sekeliling kita.

Diorang ni bekerja bertungkus lumus, bersengkang mata siang malam demi mendapatkan sumber berita terkini yang telus, tepat dan pantas untuk kita. Dari berita yang mereka dapatkan jugak, dapat tambah ilmu pengetahuan kita!

5. Pegawai PERHILITAN

Kalau korang tak tahu, mereka yang bekerja dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) ni menjalankan kerja yang sangat murni demi menjaga alam flora dan fauna negara kita.

Dioranglah yang akan urus, pantau, bangunkan dan macam-macam lagi skop kerja mereka yang bermanfaat untuk generasi kita akan datang. Kalau tiada mereka ni, alam flora dan fauna kita tak terjaga dan anak-anak masa depan tak dapat menikmati anugerah Tuhan tidak ternilai ni…

6. Petani atau pesawah di kampung

Nasi dan sayur-sayuran yang korang makan sekarang ni, agak-agak dari mana sumbernya? Mestilah hasil cucuk tanam petani dan pesawah di kampung. Sebab apa, tanaman dengan tanah subur dan jagaan sempurna menjadikan ia lebih segar, berbanding dengan kita tanam sendiri kat tepi rumah…

Dengan panas terik matahari, selamba je pesawah membanting tulang untuk menyediakan makanan untuk kita telan hari-hari. Hargailah pekerjaan petani atau pesawah okay!

7. Nelayan yang berpanas menangkap ikan demi kita

Satu lagi makanan harian kita, contohnya macam ikan, udang, sotong dan segala jenis makanan laut yang lain, mana datang sumber-sumber tu? Siapa yang tangkap kat tengah-tengah laut tu? Mestilah nelayan…

Panas kot bila berjemur tengah laut tangkap ikan. Bukan sejam dua, sampai 2 hari pun ada… Kalau takde nelayan, nak ke korang pergi tengah laut tangkap ikan sendiri?

8. Jurutera yang membantu melancarkan perjalanan kita di jalan raya

Pernah terfikir tak sepanjang perjalanan korang balik kampung, pergi balik kerja semua tu, siapa yang jaga keselamatan dan kelancaran kita atas jalan raya? Sebenarnya ada jurutera dan petugas-petugas PLUS yang sentiasa melakukan pemeriksaan supaya segalanya berjalan dalam keadaan baik!

Bayangkanlah, petugas-petugas PLUS ni sanggup menghabiskan masa, tenaga dan membahayakan diri mereka demi memeriksa curam bukit, kekukuhan jambatan serta melakukan pelbagai lagi pemeriksaan dan penambahbaikan demi menjaga keselamatan kita di jalan raya!

Sesukar mana pun semua pekerjaan di atas, mereka sentiasa bersedia untuk kita kan?

Memandangkan musim hujan dah nak sampai kat Malaysia, semua petugas-petugas bagi pekerjaan di atas sentiasa bersedia bagi menghadapi pelbagai krisis dan situasi kritikal supaya melindungi kita semua. Tak kiralah kalau terpaksa bertarung nyawa, habis tenaga sekalipun, diorang tak pernah merungut!

Cakap pasal jurutera tadi, nak tengok macam mana petugas-petugas PLUS bekerja? Tengok video kat bawah ni…

Lepas ni, kalau nampak petugas-petugas PLUS tengah jalankan tugas kat mana-mana, jangan lupa lemparkan senyuman dan angkat tangan sebagai tanda terima kasih tau!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×