Korang pernah mengalami masalah kulit muka berminyak? Sebenarnya kulit menghasilkan minyak untuk melindungi kulit muka dari kotoran dan habuk. Tapi masalah akan timbul apabila minyak yang dihasilkan melebihi apa yang diperlukan. Jadi la kulit muka berjerawat!
Risaunya kalau kulit muka asyik berminyak. Penampilan jadi terganggu. Muka pun nampak kusam dan berjerawat. Solekan pulak cepat luntur. Buat pengetahuan korang, ini antara sebab utama kulit muka asyik berminyak yang ramai terlepas pandang!
Tidak melembapkan kulit selepas mencuci muka.
Punca utama kulit berminyak adalah disebabkan kulit yang kering. Lebih banyak minyak akan terhasil jika kulit terlalu kering. Oleh itu, adalah penting untuk untuk melembapkan kulit setiap kali selepas mencuci. Pilih pelembap yang bertekstur ringan dengan penghidratan yang mendalam untuk mengawal pengeluaran minyak.
Tak tahu kawal stres dengan baik.
Penat kerja, kurang rehat dan selalu resah ialah punca masalah untuk jadi stres. Keadaan stres akan hasilkan hormon kartisol pada muka. Ini la punca kenapa minyak muncul pada kulit muka. Jerawat boleh timbul kalau dibiarkan.
Pola tidur yang tak menentu.
Bukan setakat kena jaga makan, tidur pun kena ikut waktu yang betul. Tak cukup tidur atau sering berjaga malam termasuk salah satu punca kulit muka berminyak. Kalau tak nak jadi macam tu, kena la dapatkan tidur yang cukup ya.
Perubahan cuaca.
Eh, tiba-tiba cuaca panas la pulak. Muka kerap berpeluh la jadinya. Itu pun boleh jadi punca kulit muka berminyak. So, kena la jaga kulit muka supaya kekal lembap dan tak begitu terdedah pada sinaran matahari setiap hari.
Salah pakai produk.
Kami yakin korang pun pernah hadapi situasi bila salah pakai produk. Akibatnya kulit muka jadi rosak. Selain tu, boleh menyebabkan kulit muka lebih berminyak bergantung kepada kesalahan pemakaian produk.
Kadang-kadang tak perasan kan? Tapi itu la antara sebab utama kulit muka asyik berminyak. Ramai orang yang mempunyai kulit muka berminyak merasakan mereka tak boleh gunakan pelembap sebab kulit muka mereka berminyak. Sebenarnya salah tau!
Sebabnya, punca utama kulit berminyak adalah disebabkan kulit yang kering. Lebih banyak minyak akan terhasil. Pelembap ni penting digunakan selepas cuci muka supaya kulit muka korang terhidrat untuk mengawal pengeluaran minyak.
Masalah kulit muka berminyak selesai dengan rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control
So, macam mana nak atasinya? Kami rekomen korang gunakan rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control. Rangkaian ni memang khas untuk korang yang ada masalah kulit muka berminyak dan berjerawat. Hasil sangat puas hati!
Dirumus khas dengan Hatomugi, Bishop’s Weed, Ekstrak Bunga Kamomil dan Asia Hialuronik, Hada Labo Blemish & Oil Control menawarkan fungsi 2-dalam-1 seperti:
Anti Jerawat & Kawalan Minyak – Mengandungi Hatomugi, Houttuynia Cordata dan Ekstrak Bunga Kamomil untuk membasmi cela, meredakan kemerahan dan menenangkan kerengsaan kulit.
Menghidrat Kulit – Mengandungi Asid Hialuronik untuk mengunci dan menambah lembapan untuk kulit yang jelas lebih lembut, licin dan halus sepanjang hari.
Buat korang yang mempunyai kulit muka berminyak, ikut langkah-langkah ni untuk bantu mengawal pengeluaran minyak, membasmi cela, menenangkan kemerahan dan keradangan kulit serta meminimumkan liang pori besar. Kulit korang akan segar dan lembut sepanjang hari!
Step 1 : Blemish & Oil Control Foaming Wash
Mula-mula kena pakai pencuci muka. Hada Labo Blesmish & Oil Control Foaming Wash merupakan pencuci muka yang sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit muka berminyak.
Apa yang best tentang pencuci muka ni? Ia dapat menangani pori-pori besar, jerawat, kekasaran, kemerahan dan kusam. Tak payah risau lagi lepas ni!
Step 2 : Blemish & Oil Control Lotion
Seterusnya, pakai losyen ni. Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion dapat membantu melegakan kemerahan pada kulit muka yang sensitif dan berjerawat. Kulit muka korang akan jadi lebih segar!
Paling menarik, tekstur losyen ni sangat ringan dan tak melekit. Cara guna pun senang je. Tuang di atas tapak tangan dan ratakan ke seluruh wajah hingga meresap.
Step 3: Blemish & Oil Control Gel (Terbaru)
Tambahan lagi, Hada Labo menampilkan pelembap serba baharu, Hada Labo Blemish & Oil Control Gel untuk memastikan kulit licin, bersih dan sihat. Pelembap ni sesuai untuk kegunaan seharian.
Korang tahu apa keistimewaan pelembap baharu ni? Tekstur gel ni sangat ringan sehingga dapat menyerap terus ke dalam kulit. Kulit muka korang akan terasa segar, lembut dan tak melekit. Serius bagus!
Kami yakin sekarang korang mesti dah tertarik dengan rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control kan? Jangan lupa share dengan keluarga dan kawan-kawan. Mana la tahu mereka pun ada masalah kulit muka berminyak. Sharing is caring!
Tiada lagi masalah kulit muka berminyak dengan Hada Labo Blemish & Oil Control. Kulit muka pun jadi lebih cantik dan berseri. Tunggu apa lagi? Dapatkan segera!
Untuk info lebih lanjut tentang produk-produk Hada Labo, korang boleh terus ke laman web di https://hadalabo.com.my.