berita

Ramai Teruja ‘Fashion Design Contest’ Di KLFW 2019 Tawar Hadiah Sehingga RM15,000!

May 13th, 2019 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Dunia fesyen dan anak muda memang sukar nak dipisahkan. Tambahan pulak kalau rekaannya sentiasa kena dengan trend masa kini. Memang wajib la jadi rebutan. Korang kat sini ada ke yang pandai design fesyen baju lawa-lawa? Dan pernah tak bercita-cita nak jadi fashion designer terkenal?

Kalau ada, kini impian korang untuk bergelar pereka fesyen bukan sekadar angan-angan tau. Actually admin nak share dengan korang pasal satu berita baik sempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2019 yang bakal berlangsung tak lama lagi. Kalau korang nak masterpiece rekaan korang diperagakan di KLFW nanti, korang wajib join contest ni.

Tahun ini KLFW luar biasa dengan #WeAreNova

Pada tahun ini, admin difahamkan sekali lagi pihak KLFW telah bekerjasama dengan HUAWEI untuk mengetengahkan bakat, idea dan meneroka lebih banyak inspirasi baharu dalam dunia fesyen. Selaras dengan matlamat utama itu, contest yang diberi nama #WeAreNova ini pastinya bakal menggegarkan Kuala lumpur Fashion Week tahun ini!

Kalau korang nak tahu, peraduan #WeAreNova terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam dunia fesyen sama ada pereka fesyen profesional atau peminat dunia fesyen dan sehinggalah pelajar universiti pun boleh join. Bermula 10 Mei 2019, peraduan ini dikatakan bakal berlangsung selama lebih kurang tiga minggu iaitu dua minggu untuk peserta muat naik design mereka di Facebook Page KLFW dan satu minggu lagi untuk dapatkan undian daripada orang awam design mana paling best.

Untuk pengetahuan korang, setiap pemenang berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai sehingga RM15,000 tau. Dan yang paling best, 10 hasil rekaan fesyen yang terbaik akan turut diperagakan di pentas KLFW 2019 nanti. Bangga weh!

#WeAreNova bakal bikin ‘Local Fashion Scene’ lebih wow!

Contest ini juga secara jelas cuba mengetengahkan spesifikasi menarik dan reka bentuk hebat yang ada pada telefon pintar terunggul iaitu HUAWEI nova yang memang cukup onz dan kena dengan gaya orang muda. Kepelbagaian item fesyen generasi muda seperti T-shirt, sweatshirt, hoodie, jaket dan sebagainya memang cukup ngam bila digayakan dengan telefon pintar HUAWEI nova.

Paling penting sekali setiap peserta dikehendaki untuk menyediakan tiga design berlainan dengan mengambil kira aspek warnanya yang menyerlah dan terang, penampilan yang meletop, sekaligus nama rekaannya juga mesti wow!

HUAWEI Nova telefon pintar paling stylish

Korang tahu tak kenapa HUAWEI nova untuk kesekian kalinya dipilih sebagai telefon pintar rasmi KLFW? Jawapannya mesti la sebab telefon pintar HUAWEI nova ni paling stylish dan kena dengan jiwa dan trend terkini generasi muda. Korang tengok la sendiri design terbaru Huawei nova 4 dan 4e, memang cun weh!

Dia punya rekaan luaran cantik, warna pun menyerlah dan yang paling power sekali mesti la keupayaan kamera telefon jenama HUAWEI yang memang cukup memikat hati orang muda macam kita semua. Pendek kata KLFW dan HUAWEI nova memang cun digandingkan bersama sebab pihak HUAWEI pada masa yang sama boleh terokai lebih banyak idea dan design hebat dengan  mengambil inspirasi daripada pereka fesyen yang memang berbakat dalam contest #WeAreNova ini.

Dah ada 100 penyertaan!

Setakat ini lebih 30 peserta terdiri daripada pereka fesyen terkenal dan 70 pelajar fesyen daripada 10 universiti di Malaysia sudah mengambil bahagian dalam peraduan ini. Kesemua mereka bakal berentap menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing bagi menghasilkan rekaan nova sekaligus merebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat di KLFW 2019 nanti. Peraduan ini juga sedikit sebanyak dilihat telah membuka peluang kepada korang dekat luar sana untuk mula berjinak-jinak dan menapak dalam industri fesyen dengan lebih mudah dan bergaya.

Ganjaran hebat untuk korang yang beli HUAWEI Nova sepanjang Ramadan ini

Kalau korang nak tahu, telefon pintar HUAWEI nova 4 dan 4e boleh dibeli sekarang pada harga RM1,899 dan RM1,199 di semua HUAWEI Experience Stores, pusat pameran HUAWEI dan juga di mana-mana cawangan penyedia perkhidmatan telco utama di Malaysia. Paling best, kalau korang beli mana-mana telefon pintar HUAWEI nova 4 Series dalam bulan Ramadan ini, korang layak untuk dapat Kad VIP bernilai RM1,000. Pengguna HUAWEI nova 4 Series juga berpeluang untuk memenangi sebuah HUAWEI MediaPad M3 Lite bernilai RM999.

Best kan? Sebarang maklumat lanjut korang boleh layari laman sesawang HUAWEI atau laman facebook rasmi HUAWEI.

 

 

 

SKIP THIS AD ×