berita

Ramai Yang Repeat Buat Facial Di Y & L Beauty Saloon, Produk Apa Yang Mereka Guna Sebenarnya?

October 11th, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Kulit muka yang cantik, cerah dan sempurna memang impian semua orang. Jaga kulit muka ni kena sabar sikit. Skincare kena try and error. Pemakanan pun kena jaga. Sebab tu digalakkan buat facial sebulan sekali supaya muka betul-betul bersih.

Disebabkan nak sangat buat facial, admin pun try satu tempat facial yang best kat KL. Tak sangka pulak muka lagi berseri lepas facial kat sini. Sampai balik office pun kena tegur sebab muka dah lain. Nak tahu kat mana tempatnya? Sini la..

Y & L Beauty Saloon, salun kecantikan pilihan ramai di KL

Admin datang sini minggu lepas. Y & L Beauty Saloon terletak di Taman Kok Lian, Kuala Lumpur. Suasana dalam salun kecantikan ni agak redup. Memang relax habis. Staf kat sini pun friendly. Cantik pulak tu. Jealousnya!

Kalau korang plan nak buat rawatan kat sini, kena buat appointment dulu. Takut slot penuh. Sebelum start, korang kena isi satu borang. Banyak info kena isi. Mana la tahu korang ada alahan. Diorang pun nak tahu skincare apa yang korang pakai.

Lepas isi, admin berkenalan dengan Farrah Yap, beautician di Y & L Beauty Saloon. Mesra dipanggil Farrah, beliau sangat mementingkan customer. Dia akan rawat kulit muka customernya sampai betul-betul pulih. Bagusnya!

[ SEBELUM RAWATAN ]

[ SELEPAS RAWATAN ]

Banyak rawatan yang disediakan di Y & L Beauty Saloon. Antaranya facial, peremajaan kulit, leher, dan sebagainya. Lagi senang, ambil full body treatment. Tapi paling famous kat sini facial la. Ramai jugak yang repeat datang sini. Mesti sedap facial diorang. Tak sabarnya!

Admin pilih rawatan Facial + Oxygen Spray sebab kulit muka kering. Blackhead dan whitehead pun dah beranak pinak kat muka. Tapi tak menyesal buat rawatan facial kat Y & L Beauty Saloon. Kejap lagi korang akan tahu kenapa.

Rawatan Facial + Oxygen Spray, servis puas hati wei

Mula-mula diorang bersihkan muka secara double cleansing menggunakan span. Paling suka masa diorang guna mesin untuk sedut kotoran pada kulit muka. Bunyi macam laser. Serum jugak diletak untuk rawatan. Dah la diorang pasang muzik mendayu-dayu. Macam nak tidur pun ada.

Sampai masa untuk extraction, proses keluarkan blackhead dan whitehead. Ada yang kata extraction ni sakit tapi admin rasa tak. Sedap ada la. Lepas tu apply masker. Sementara tunggu masker ni kering, diorang buat urutan bahu. Peh, nikmat!

Tu baru treatment pertama. Sekarang nak buat treatment kedua, Oxygen Spray. Disebabkan kulit muka admin kering, rawatan ni membantu menambahkan kelembapan pada kulit muka. Dengan menggunakan mesin Oxygen, kulit muka lebih lembap dan berseri.

So, begini la hasilnya. Lepas buat facial, kulit muka lebih ringan dan bersih. Puas hati la dengan servis di Y & L Beauty Saloon. Boleh la repeat bulan depan. Hihi. Korang mesti tak sabar nak tahu produk apa yang diorang guna sekarang kan?

Hydrocell Oxy-Active – Triple Stem Cell Spray, muka nampak awet muda!

Sebenarnya Y & L Beauty Saloon menggunakan produk terbaik iaitu Hydrocell Oxy-Active – Triple Stem Cell Spray. Produk ni merupakan campuran 3 Ekstrak Sel Stem dalam Air Diperkaya Oksigen. Kalau korang nak muka awet muda, kena la pakai produk ni.

Selain GFC dan Air Diperkaya Oksigen, Hydrocell Oxy-Active – Triple Stem Cell Spray mengandungi sel stem epal, sel stem argan, dan sel stem anggur. Patut la bau manis! Kena pakai selalu supaya kulit muka lebih pejal dan lembut. Kedut pun hilang lepas 2 minggu tau.

Y & L Beauty Saloon turut menggunakan produk penjagaan kulit muka jenama Melissachens. Skincare berprestasi tinggi ni mampu merawat kulit muka yang bermasalah. Ni antara produknya. Setiap satu ada fungsi tersendiri.

Power Purifying Foam Cleanser untuk kulit muka berminyak atau berjerawat

Kulit muka berminyak dan penuh dengan jerawat. Macam mana nak settle? Haa.. Pakai Power Purifying Foam Cleanser ni. Habis semua jerawat kecut nanti. Kulit muka pun tak berminyak. Kena rajin pakai tau. Jangan skip!

Power Blemish Repair Serum untuk kulit muka breakout

Malunya nak keluar kalau muka breakout. Tak apa. Power Blemish Repair Serum ni boleh tolong. Serum ni bagus untuk rawat kulit muka yang breakout. Lama-lama pakai okay la.

Timeless Intense Moisture Neck Cream untuk kulit leher bermasalah

Ngerinya tengok leher sendiri kat cermin. Dengan kering dan berkedutnya. Kusam pulak tu. Kalau korang pakai Timeless Intense Moisture Neck Cream ni, masalah tu akan selesai. Ia membantu melembapkan dan mengurangkan kedut pada kulit leher.

Timeless Hydra Fix untuk masalah penuaan

Macam mana kalau kulit muka dan leher kering dan berkedut sekaligus? Korang boleh pakai Timeless Hydra Fix. Serum anti-penuaan ini akan melembapkan dan memberikan tenaga pada kulit supaya kulit lebih licin, pejal dan lembut. Syoknya!

Pembaca OhBulan akan dapat diskaun istimewa!

Admin ada berita baik nak bagitahu korang ni. Y & L Beauty Saloon nak bagi diskaun istimewa untuk pembaca OhBulan. Screenshot artikel ni dan datang terus ke Y & L Beauty Saloon. Tapi 30 orang terawal je tau. Siapa cepat, dia la yang dapat.

Begitu la rawatan facial dan produk yang admin cuba dan tengok di Y & L Beauty Saloon. Sebab puas hati dengan rawatan facial kat sini, admin pun ambil salah satu produk mereka, iaitu Hydrocell Oxy-Active – Triple Stem Cell Spray. Muka macam model la lepas ni. Yay!

Nah admin share location kat korang. Boleh la datang dan dapatkan diskaun istimewa tu nanti ya. Ingat, 30 orang terawal je tau.

Y & L BEAUTY SALOON
Waktu dibuka: Setiap hari kecuali Rabu (10.30 pagi hingga 7.30 malam)
Alamat : 21, Jalan Sultan Azlan Shah, Taman Kok Lian, 51200 Kuala Lumpur
No telefon : 03-6251 3040/+6016-684 1954
Waze : https://www.waze.com/ul?ll=3.20264180%2C101.67317210&navigate=yes

Nak tahu lebih lanjut tentang rawatan yang ada di Y & L Beauty Saloon? Klik sini ya.