berita

‘Ramai Yang Sayang Abang…Abang Berehatlah Di Sana’

November 27th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di Facebook seorang wanita yang dikenali Malihah Abdul Halimberkongsi ‘nota’ terakhirnya kepada arwah suaminya. Suaminya meninggal dunia akibat bergesel dengan sebuah lori di lebuh raya Damansara Puchong (LDP). Mangsa yang cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia dia tempat kejadian. Sebak!

Alhamdulillah selesai

Foto: Malihah Abdul Halim

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah, sudah selesai urusan pengebumian arwah suami saya Ahmad Sofwatullah malam tadi. Semuanya berjalan dengan sangat lancar dan sangat mudah.  Walaupun suami sudah pergi buat selamanya, Syukur Alhamdulillah dikurniakan keluarga dan keluarga mertua yang sangat-sangat baik, supportive dan penyayang. Tanpa mereka, tidak tahulah apa akan jadi pada saya. Allah Maha Mengetahui. Mereka sungguh tenang menghadapi ujian kehilangan orang tersayang, menjadi contoh untuk saya kekal tenang dan kuat. Walaupun sudah tiada kedengaran gelak ketawa abang, nasihat, dan layanan yg baik utk saya & anak-anak, kami tetap akan sentiasa merindui dan mendoakan abang di sana.

Menerusi posting isteri arwah Malihah Abdul Halimdi Facebook, menceritakan proses pengebumian suaminya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah. Dia turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang banyak membantunya dalam menguruskan jenazah suaminya. Jelasnya lagi, walaupun suaminya sudah pergi menghadapi Ilahi, dia sangat bersyukur mempunyai keluarga mertua yang sangat baik dengan mereka.

Walaupun jasad sudah berpisah, Malihah tetap akan merindui telatah suaminya dan akan terus mendoakan buat arwah.

Ramai sangat sayang abang

Foto: Malihah Abdul Halim

Ramai sangat yang sayang dengan abang tapi Allah lebih menyayangi abang. Selesai sudah tanggungjawab abang di dunia ini, berehatlah abang di sana. Sungguh tenang wajah abang malam tadi, nampak macam tengah tidur. Saya akan jaga hero-hero kita sebagaimana abang menjaga dan mendidik mereka, penuh rasa sayang dan kasih. Terlalu banyak kebaikan abang jika nak disebutkan satu persatu. Terima kasih Allah meminjamkan seorang suami yg sangat penyayang selama 5 tahun lebih. Saya menjadi saksi bahawa abang seorang suami yg sangat bertanggungjawab, tidak pernah mengabaikan keluarga walau sedikit pun. Semoga diampunkan semua dosa abang , diluaskan dan diterangkan kubur dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin ya rabb.

Dia turut menceritakan suaminya disayangi oleh ramai orang, namun Allah S.W.T. lebih menyayangi suaminya. Walaupun berat untuk menerima ketentuan ini, dia tetap akan meneruskan amanah untuk menjaga dua anak mereka dengan penuh kasih sayang. Pada akhir posting tersebut, Malihah sekali lagi meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T kepadanya,  seorang suami yang sangat baik.

Almarhum Ahmad Sofwatullah bin Shahrin (05071991-24/11/2020)
Dari kami yang sentiasa merindui abang selamanya

Tidak berakhir di situ, dia memuji suaminya yang disifatkan sebagai suami yang bertanggungjawab dan tidak pernah sama sekali mengabaikan keluarganya walaupun sedikit.

Sumber: Malihah Abdul Halim

SKIP THIS AD ×