Bagi wanita berhijab, penjagaaan rambut sangat penting untuk memastikan rambut korang kekal sihat. Jangan sesekali korang abaikan penjagaan rambut kerana ia akan menimbulkan pelbagai masalah seperti keguguran dan masalah kelemumur. Ia juga boleh menjejaskan tugas harian korang tau.
Haa..bagi korang yang tak tahu, ini antara perkara yang boleh menyebabkan rambut korang rosak. Cuba check satu-satu sebab mungkin dalam tak sedar korang ada buat.
1. Asyik guna anak tudung yang sama
Sesetengah wanita suka memakai anak tudung yang sama berulang kali tanpa mencuci. Bagi mereka bila pakai dekat dalam orang tak nampak, jadi takde masalah untuk pakai berulang kali. Sebenarnya tabiat ni tak bagus tau kerana boleh menyebabkan rambut korang berbau.
Untuk mengelakkan rambut korang daripada bermasalah dan berbau, korang janganlah pakai anak tudung yang sama. Mungkin nampak bersih tapi sebenarnya banyak kelemumur dan juga peluh yang dah melekat dekat situ. Seeloknya tukar setiap hari atau dua hari sekali.
2. Ikatan rambut terlalu ketat
Korang yang berhijab mesti suka ikat rambut ketat-ketat sebab taknak sanggul rambut terjatuh kan. Tapi, tahu tak sebenarnya ia boleh menyebabkan rambut korang mudah gugur dan putus. Selain itu, korang juga akan mengalami sakit kepala bila rambut diikat terlampau ketat.
Sebaiknya, korang longgarkan sikit ikatan dan kalau kat rumah biarkan je rambut tak berikat supaya tak nampak kusut. Barulah rambut makin sihat!
3. Ikat rambut semasa basah
Ramai dalam kalangan wanita berhijab yang selalu membasahkan rambut supaya rasa fresh sebelum nak keluar atau pergi kerja. Tapi, korang tahu tak bila korang terus pakai tudung bila rambut basah ia akan membuatkan rambut berbau kepam.
Rambut yang tertutup dalam keadaan basah juga akan mengakibatkan masalah kelemumur selain menjadi kusut dan membuat hujung rambut berbuah atau bercabang. Selain tu, kulit kepala korang juga lebih mudah berminyak. So, pastikan korang keringkanlah rambut dulu sebelum pakai tudung.
4. Tidak menjaga pemakanan
Untuk penjagaan luaran mestilah bermula dari dalam juga. Pengambilan nutrisi makanan yang seimbang dan menyihatkan juga penting tau bagi kesihatan rambut korang. Pemakanan yang tak terkawal boleh menyebabkan hormon tak stabil dan pengaliran darah pun kurang lancar.
Korang mesti dapatkan nutrisi yang cukup untuk menjaga kesihatan dan penampilan rambut. Kebanyakan makanan dah tersedia nutrisi protein, zat besi dan vitamin untuk menyihatkan dan menyegarkan rambut korang.
5. Pemilihan syampu yang salah
Syampu adalah produk penjagaan rambut yang penting, jadi korang perlu memilih produk penjagaan rambut dengan betul sebab tak semua jenis syampu yang sesuai dengan wanita yang berhijab.
Kalau tersalah pilih boleh menyebabkan masalah kelemumur, gatal-gatal kulit kepala, melemahkan akar rambut dan masalah keguguran rambut korang bertambah.
SUNSILK HIJAB Recharge penyelesaian masalah rambut korang!
Ha.. sekarang korang tak perlu risau lagi sebab dah ada syampu SUNSILK HIJAB RECHARGE Segar Kulit Kepala yang direka khusus untuk rambut berhijab. Ia dirumus khas dengan Ais Micellar untuk menghilangkan minyak yang berlebihan, sisa peluh dan kekotoran.
Ditambah pula dengan teknologi Fragrance Release Pearls terkini yang memberikan rambut korang wangian tahan sehingga 48 jam tau! Syampu SUNSILK HIJAB RECHARGE Segar Kulit Kepala ni juga mengandungi buah tin yang mempunyai antioksida yang baik untuk rambut.
Tunggu apa lagi tu? Sekarang korang boleh dapatkan produk SUNSILK HIJAB secara percuma tau! Dengan SUNSILK HIJAB RECHARGE Segar Kulit Kepala, lepas ni dah takdelah masalah rambut gugur, kusam dan kusut bagi wanita berhijab, bestnya!
Untuk maklumat lanjut tentang syampu SUNSILK HIJAB RECHARGE Segar Kulit Kepala, korang boleh daftar dekat SINI untuk dapatkan produk percuma SUNSILK HIJAB.