Semalam viral di Twitter apabila Siti Sarah dilihat seolah-olah menghina suku kamu orang asli. Video itu menimbulkan pelbagai respon orang ramai yang rata-ratanya berpendapat tidak sepatutnya seorang dikenali mengeluarkan kata-kata demikian. Tak kurang juga tidak berpuas hati dengan kenyataan itu kerana orang asli yang sekarang bukanlah seperti dahulu.
Rupa macam orang Asli
Thank you kak Siti Sarah sebab hina Orang Asli. Take care, may Allah bless you ? pic.twitter.com/n6Wj6Lv0Of
— Uncle Barry ?? (@fuzirbarry) September 4, 2020
Video berdurasi kurang seminit menyaksikan Siti Sarah seperti sedang promosikan kedai dandanan rambut. Namun dalam cubaan mempromosi, dia sempat berseloroh dengan mengatakan orang ramai harus pakai produk itu jika tak mahu rupa asli.
Malah dia juga menyebut perkataan ‘rambutnya dah rupa orang asli’ sambil ketawa terhibur. Perkara ini dilihat sebagai penghinaan kepada orang asli walaupun mungkin niatnya sekadar bergurau.
Respon netizen
Sumber : Uncle Barry