Semakin mengganggu emosi antara ayat yang diluahkan oleh penonton setia drama ‘Takdir Yang Tertulis’ yang baru sahaja memasuki episod keempat, semalam.
Mana taknya, wanita mana yang mampu mengawal perasaan sebaik sahaja mengetahui si suami sudah mendirikan rumah tangga dengan kawan baik sendiri. Geramnya!
Anggap kawan baik dunia akhirat
View this post on Instagram
Aku anggap kau kawan baik aku dunia akhirat. Aku tak ada kawan lain dah. Aku cerita semua masalah aku dekat kau. Rupa-rupanya belakang aku kau rampas suami aku. Sekarang kau nak apa? Kau nak ambil company papa aku pula? Kau kenapa? Apa game kau sebenarnya ni?
Dalam episod semalam, Azlan (Nazim Othman) telah membuat pengakuan kepada isterinya iaitu Juweta (Nad Zainal) bahawa dia sudah berkahwin dengan Ruhila (Elvina Mohamad). Azlan turut memaklumkan bahawa kesemua saham syarikat Juweta telah dibeli olehnya dan Ruhila bakal dilantik sebagai COO untuk syarikat tersebut. Tergamam dengan situasi pada waktu itu, Juweta telah rebah dan dikejarkan ke hospital.
Sebaik sahaja Juweta sedar, dia meluahkan rasa geram dan kesal terhadap Ruhila. Ini kerana, dia menganggap Ruhila sebagai kawan baik dan tempat untuk dirinya mengadu segala masalah. Namun, dia tidak sangka kawan baiknya sendiri sanggup merampas suaminya. Bukan itu sahaja, Juweta turut bertanya kenapa Ruhila ingin mengambil syarikat papanya juga.
Kena halau dan bukan anak kandung?
Sian ju ? #takdiryangtertulis pic.twitter.com/bu277vTzH6
— ?????? ??? (@TassFathihah) January 27, 2021
Kesedihan Juweta bukan sahaja berakhir di situ malah, rumah yang didiami olehnya itu sudah bertukar milik juga. Menurut peguam, rumah Juweta kini menjadi milik Azlan dan Ruhila. Lebih mengejutkan, ibu Ruhila turut memberitahu bahawa anak Juweta itu merupakan anak kandung Ruhila bersama Azlan.
Di akhir babak episod tersebut, penonton dapat melihat kemunculan seorang lelaki (Alvin Chong). Ruhila turut kelihatan terkejut sebaik sahaja melihat figura lelaki itu. Korang rasa apa yang bakal berlaku dalam episod malam ini Nantikan!
Bengang gila watak Azlan
Sumber: Nad Zainal & Twitter