Sekadar gambar hiasan
Hampir 200 kilogram ganja daripada hasil rampasan yang disimpan di balai polis di Uttar Pradesh, India hilang dipercayai dimakan tikus. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pegawai polis sebelum kes tersebut dibawa ke mahkamah.
200kg ganja hilang dari balai polis
Sekadar gambar hiasan
Susulan daripada itu, hakim mahkamah Uttar Pradesh iaitu Sanjay Chaudhary meminta pihak polis mengemukakan bukti berkaitan kehilangan 200kg ganja terbabit. Namun pihak polis mendakwa bahawa sukar untuk melindungi dadah daripada haiwan kecil itu yang langsung tidak ‘takut’ dengan pihak berkuasa. Tidak terhenti di situ, mereka juga memaklumkan tidak dapat mengemukakan bukti kerana hampir 195kg ganja sudah ‘dimusnahkan’ tikus.
Difahamkan, ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku malah sebelum ini dadah seberat 386kg dilaporkan hilang akibat dimakan tikus. Selain itu, 700kg ganja yang disimpan di balai polis di daerah Mathura turut menerima nasib sama malah ada yang mendakwa dadah tersebut rosak akibat hujan lebat.
Tikus makan dadah?
Foto: BBC
Pada 2018, lapan pegawai polis Argentina dipecat kerana ‘menyalahkan’ tikus atas kehilangan setengah tan ganja dari gudang polis. Namun, pakar mempertikaikan dakwaan berkenaan dan menyatakan bahawa tidak mungkin tikus keliru di antara ubat dan makanan. Malah, jika benar tikus memakan dadah tersebut sudah semestinya banyak bangkai tikus ditemui di gudang berkenaan.
Satu kajian yang diterbitkan pada 2019 mendapati bahawa apabila tikus makmal diberi makan sebatian yang dicampur ganja, haiwan itu akan cenderung menjadi kurang aktif dan suhu badan juga turun.
Sumber: BBC