Pagi-pagi selalunya mesti rushing nak pergi kerja. Lepas tu tak sempat nak buat breakfast. Yelah, takut keluar lambat sikit nanti jalan jammed pulak. Tahu-tahu terskip breakfast, lepas tu perut pun dah masuk angin.
Haa..kalau admin, apa lagi..terus je Drive-Thru dan pesan set sarapan pagi! Dapat hirup kopi panas, makan pulak Crispy Chicken Muffin dengan hotcakes, perghhhh memang puas dan kenyang! Terus ceria je nak buat kerja.
Ishh..terliur lah pulak. Cakap pasal breakfast ni, McD ada satu menu sarapan pagi baharu iaitu Mufin McEgg! Serius korang kena cuba!
Mufin McEgg Baharu untuk mulakan pagi korang! Hanya dari RM3.95 je!
Bayangkan telur segar diapit dengan mufin English gebu dipanggang sempurna, ditambah pula dengan kepingan keju dan sos istimewa. Perghhh..memang setiap gigitan korang tu akan terasa nikmatnya! Jangan lupa padankan dengan teh atau Americano panas, memang sarapan yang puas dan mengenyangkan.
Lebih menarik, Mufin McEgg didatangkan dengan dua sos berbeza iaitu sos tomato dan sos tomato pedas. Tak kisahlah sos mana yang korang pilih, Mufin McEgg pasti dapat bantu korang mulakan hari dengan bersemangat!
Oh ya, korang dah boleh dapatkan Mufin McEgg di McDonald’s berdekatan korang hanya dari RM3.95 untuk ala carte bermula hari ini, jam 7 hingga 10 pagi tau! Iya betul tu korang tak salah baca! Memang hanya dari RM3.95 je!
Jadi, apa tunggu lagi, sambil on the way ke tempat kerja tu, jangan lupa dapatkan sarapan pagi dengan pandu lalu di mana-mana McD hari ini juga!