Pelakon, Datin Elvina Mohamad, reda apabila tiada rezeki untuk menimang anak kedua selepas kandungannya yang memasuki usia tiga bulan mengalami keguguran.
Ketentuan Allah
Menurut Elvina, degupan jantung bayi dalam kandungannya terhenti seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Doktor cakap biasanya ia akan keluar sendiri secara semula jadi. Ketika mula-mula tahu degupan jantung bayi sudah terhenti, memang rasa ‘down’ sebab memang saya merancang untuk hamil tahun ini. Saya anggap tiada rezeki dan ini adalah ketentuan Allah. Semalam, mula terasa sakit dan saya terus ke hospital. Doktor melakukan prosedur untuk membersihkan rahim hari ini.
Bukan rezeki kami
View this post on Instagram
Di Instagram, Elvina berkongsi sebuah video ‘throwback’ di mana dia melakukan kejutan buat suami tercinta. Video tersebut jelas menunjukkan suaminya sangat gembira sewaktu mendapat tahu berita tentang kehamilannya. Namun, siapa sangka kandungan yang memasuki usia tiga bulan itu mengalami keguguran.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen memberi kata-kata semangat buat Elvina supaya tabah dengan ujian yang melanda. Menurut netizen, pasti ada rezeki yang menanti buat Elvina dan suami selepas ini.
Sumber: Elvina