berita

Rangup & Sedap! Ini Resepi Cornflakes Crunchy Cookies Korang Boleh Buat Untuk Hari Raya

August 6th, 2019 | by Shahira
MyResipi

Sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba, pasti para ibu masih memikirkan resepi kuih raya untuk disajikan kepada tetamu yang hadir. Betul tak?

Menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN), seorang wanita berkongsi resepi cornflakes crunchy cookies yang mudah dan sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Kuih raya is done! Mood raya dah datang so pagi-pagi lagi dah menggentel biskut ni. CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES nama diberi. Dicadang kan buat dua adunan sebab kalau 1 adunan tak sampai 1/2 jam dah habis makan tanpa sedar! Rangup je biskut ni tau.

Bahan-bahan:
• 1 3/4cawan tepung gandum
• 1/4 cawan tepung jagung
• 1/2 sudu teh baking powder
• 2 cawan cornflakes ramas kasar
• 200g buttercup (suhu bilik)
• 3/4 cawan gula kastor
• 1 biji kuning telur

Cara-cara:

Cara-caranya :
• Gaul gula & butter lebih kurang 5 minit, masukkan kuning telur & kacau rata.
• Masukkan campuran tepung & baking powder serta cornflakes, gaul sebati.
• Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 170°C.
• Acukan guna sudu makan adunan dan susun dalam dulang pembakar.
• Bakar selama 15 – 20 minit dengan kepanasan atas bawah.
• Sejukkan sebelum disimpan dalam balang.

Sumber: Masak Apa Hari Ni (MAHN)

SKIP THIS AD ×