
Arena muzik Hip Hop tempatan bakal mencipta satu lagi sejarah apabila RAPAT Hip Hop Fest akan berlangsung di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 Oktober 2026.
Artikel Berkaitan: Bertemakan Hip Hop & Dance! Pasangan Manakah Yang Akan Layak Ke Pusingan Akhir?
Artikel Berkaitan: Joe Flizzow Mohon Maaf Kecewakan Peminat Hip Hop, Ruang Terlalu Kecil
Arena muzik Hip Hop

Acara anjuran CEOMAN Entertainment ini bakal menemukan barisan artis arus perdana, penggiat underground, bakat baharu serta peminat budaya urban menerusi pelbagai aktiviti sepanjang festival berlangsung.
Selain itu, The National Cypher bakal menyaksikan 100 rapper tempatan daripada pelbagai generasi, negeri dan latar bahasa berkongsi pentas yang sama.
Konsep tersebut dilihat menjadi antara elemen utama RAPAT yang mahu menghubungkan generasi lama atau OGs dengan barisan pelapis dalam arena Hip Hop tanah air.
Menurut Penganjur Acara, Sherman Heng berkata, budaya Hip Hop di Malaysia sememangnya mempunyai pengikut dan bakat yang kukuh, namun sebahagian besarnya masih bergerak dalam ruang underground.
RAPAT bermula dengan satu soalan mudah: ‘Bolehkah Hip Hop tempatan memenuhkan Stadium Nasional?.’
Malaysia mempunyai budaya Hip Hop yang amat kukuh, namun sekian lama ia bergerak sendirian di ruang underground.
Berpandukan pengalaman kami menganjurkan konsert antarabangsa, sudah tiba masa untuk kami membawa bakat hebat ini ke stadium terbesar negara dan membuktikan nilai komersial serta potensi sebenar bakat tempatan.
Bagi memeriahkan pentas utama, RAPAT terlebih dahulu mengumumkan barisan artis untuk Fasa Pertama yang terdiri daripada Bunga, Forceparkbois dan K-Clique.
Bagaimanapun, senarai tersebut bukanlah barisan penuh kerana penganjur memaklumkan pengumuman artis bagi fasa seterusnya akan dibuat secara berperingkat.
Selain artis utama, festival itu turut membuka ruang kepada ‘supporting acts’ dan penggiat underground yang sedang mencipta nama.
Festival ini turut menyediakan lima zon iaitu The Main Stage, The Underground, The Street, The Market dan The Flavour / Rapat Bazaar dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan muzik, battle, freestyle, breakdance, skateboarding serta jualan streetwear.
Selain itu, pengunjung boleh menikmati pelbagai pilihan makanan tempatan di Rapat Bazaar yang berlangsung di Parking C selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Oktober 2026.
Kesemua zon tersebut dibuka kepada pengunjung sepanjang festival yang berlangsung dari jam 11 pagi hingga 11 malam.
Penganjur menawarkan tiket RAPAT GENG bagi kemasukan ‘General Admission’ pada harga RM99, yang membolehkan pengunjung bergerak bebas di kawasan berkenaan sepanjang festival.
Tiket rasmi boleh dibeli menerusi maiseat.com dan ticket2u.com bermula 28 September 2026.








