berita

Ras Adiba Maafkan Pemuda Persenda OKU, Tapi Tetap Buat Laporan Polis – ‘Saya Begitu Sedih’

December 9th, 2021 | by Hariz
Kini Trending

Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi dalam sebuah hantaran di Twitter memberitahu, permohonan maaf individu persenda OKU diterima, namun laporan polis tetap dibuat. Menurutnya, video yang telah tular itu membuka luka lama golongan orang kurang upaya dan memperlekehkan perkara yang golongan itu alami saban hari.

Artikel Berkaitan: Kalian Semua Telah Mempersendakan!’ – Ras Adiba Desak Pemuda Berlakon Jadi OKU Mohon Maaf

Artikel Berkaitan: Pemuda Dikecam Kerana Berlakon Jadi Cacat Untuk Dapatkan Parking – ‘Moga Makbul Jadi OKU’

Laporan polis telah dibuat

Ras Adiba Radzi hari ini telahpun membuat laporan di Balai Polis Jalan Travers, Brickfield terhadap beberapa individu yang menyalahgunakan kemudahan yang dikhaskan untuk golongan orang kurang upaya

Dalam sebuah hantaran di Twitter, Ras Adiba menyatakan bahawa permohonan maaf individu tersebut diterima, namun laporan polis tetap dibuat kerana beliau pantang apabila ada yang mempersendakan golongan OKU.

Pada sidang media di Parlimen, Ras Adiba turut menyampaikan rasa sedih beliau tentang tularnya video tersebut yang telah membuka kembali luka golongan OKU, dan mempersendakan situasi yang golongan tersebut terpaksa harungi setiap hari.

Saya begitu sedih, kerana ini sebenarnya membuka kembali luka-luka kami sebagai OKU, dan keadaan sedia kami, dan apa yang kami harungi sebenarnya saban hari.

Beliau turut berpesan agar sekiranya ada pihak yang bercadang untuk menjadi terkenal, berfikirlah dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa kandungan.

Jadi, kalau nak buat video apa-apa tu, guna ini (otak) sedikit, dan hati-hati lah. Gunalah budi bicara. Nak terkenal tu, kita gunalah sedikit otak kita.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×