berita

‘Rasa Bersyukur Pun Salah Juga Ke?’ – Dituduh Riak Bahagia, Ini Respon Ramona Zamzam

September 20th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Siapa tak kenal dengan pelakon cantik jelita, Ramona Zamzam yang sering kongsi pelbagai tips kecantikan di akaun media sosial miliknya. Terbaru, menerusi Media Hiburan dia memberi pandangan mengenai isu rumah tangga artis yang dilihat sering bercerai berai.

Namun, kenyataan pelakon itu mendapat kritikan netizen yang rata-ratanya menganggap Ramona riak pamerkan kebahagian.

Syukur dikurniakan suami bertanggungjawab – Ramona

 

View this post on Instagram

 

Ramona syukur dikurniakan suami bertanggungjawab

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Dia sangat membantu dan menjadi ayah yang baik untuk anaknya. Sekarang banyak komen mengatakan jika kita selalu tunjuk kebahagian itu, namun di sebalik topeng itu, kita sedih dengan kehidupan sendiri. Saya tidak gembira dengan kenyataan ini kerana ianya tidak benar.

Kadang kala saya takut untuk berkongsi kerana tanggapan negatif netizen. Saya sangat bertuah ditemukan dengan lelaki yang baik.

Menurut Ramona lagi, dia tidak menyalahkan masyarakat atas stereotaip yang berlaku kerana terdapat banyak kes penceraian melibatkan artis yang dilihat bahagia. Namun, dia bersyukur kerana suaminya seorang bertanggungjawab.

Walau bagaimanapun netizen tidak berpuas hati dengan pendapat Ramona yang dirasakan tidak layak untuk bercakap kerana usia perkahwinannya baru setahun jagung.

Dikritik netizen


Tidak tahan menerima kritikan netizen, Ramona membidas kembali komen dibuat netizen. Menurutnya, dia cuma menjawab soalan dari wartawan berkenaan kes artis yang bercerai berai.

Respon Ramona

Wow tu pun kira takbur? I was expressing of how thankful i am with my marriage, rasa bersyukur pun salah juga? U nak rasa bersyukur yang macam mana lagi baru u can accept? I have no idea whats gonna happen in the future, takde siapa yang kahwin nak bercerai berai, im just answering question about my marriage dan soalan yang ditujukan which is : Apakah pendapat Ramona tentang kes ramai artis yg cerai berai sekarang ni.

And i gave my opinion. Jangan judge everyone yang upload gambar happy-happy tu sama, masih ada orang yang ikhlas memang happy dalam hidup dia. Is that wrong? You tell me to ucap syukur atas tikar sembahyang, do you live with me to know that i dont do it? Adakah salah untuk i jawab soalan wartawan? I’m just answering questions dan beritahu how much i am blessed with my life.

Sumber : Media Hiburan