Pada awalnya, tujuan pengacara dan pelakon Daphne Iking memakai tudung hanya kerana ingin menutup uban di kepalanya ketika menghadiri sebuah acara, namun baru-baru ini Daphne mendedahkan bahawa dia sudah bertudung sejak Oktober tahun lalu.
Niat untuk derma rambut
Pemilik nama sebenar Daphne Eleanor M Iking mengatakan sejak bapanya meninggal dunia akibat kanser, dia mula membabitkan dirinya dengan aktiviti kesedaran kanser. Malah dia juga berniat untuk mendermakan rambut panjangnya itu kepada sebuah organisasi kebajikan kanser.
Walau bagaimanapun, syarat untuk menderma rambut mestilah tidak boleh melakukan sebarang rawatan yang membabitkan bahan kimia selama enam bulan.
Tapi, dalam tempoh itu uban saya juga makin jelas kelihatan. Nak dijadikan cerita, selepas diberikan kelonggaran keluar rumah, saya perlu hadiri majlis bertemakan warna ungu dan ketika bersiap-siap saya cuba tutup uban saya dengan pakai turban.
Malangnya saya cuma ada selendang ungu, bila saya cuba gayakan ala-ala Grace Kelly, tudung saya ‘terpeleot’ sampai ke belakang jadi saya pakai topi selam (diving cap) warna hitam dan padankan dengan selendang itu.
Rasa janggal jika tak bertudung
Tambahnya, dia akan meneruskan proses bertudungnya sehingga Ramadan dan hari raya nanti. Dalam pada itu, Daphne turut mengatakan bahawa dia akan berasa janggal jika keluar rumah tanpa bertudung.
Seganlah… dah berumur nak pakai macam Halle Berry! Pergi pantai macam tu. Jadi saya pakai baju diving dan perlahan-lahan saya beritahu suami saya nak jualkan semua baju seksi saya.
Kalau boleh dalam rumah pun ketika sesi temubual virtual saya akan cuba seboleh-bolehnya untuk tutup, paling tidak saya pakai anak tudung dan topi.
Ujar pengacara berusia 44 ini lagi, suaminya memberikan sokongan 100 peratus walaupun pada awalnya dia sudah beberapa kali bertanya mengenai keputusannya itu serta berharap dirinya akan kekal beristiqamah dan diberikan kekuatan untuk melalui cabaran yang akan datang.
Sumber : Harian Metro