berita

Rasa Lembut & Berlemak, Ini Cara Nak Buat Ketupat Daun Pisang Paling Mudah

April 21st, 2019 | by Hazurin
MyResipi

Tak lama lagi umat Islam khususnya akan menyambut bulan Ramadan dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pastinya ada dalam kalangan anda yang dah senarai beberapa menu untuk juadah berbuka puasa mahupun hari raya.

Bila sebut nak raya, menu paling utama yang perlu ada adalah ketupat dan rendang. Rasa tak meriah kalau tak ada ketupat! Jadi, kami nak kongsikan resepi ketupat daun pisang yang paling mudah dan sedap. Lepas ini tak payah beli ketupat segera, buat sendiri je!

Bahan-bahan

  • Beras pulut – 4 cawan
  • Santan – 2 biji kelapa
  • Daun pisang
  • Garam secukup rasa
  • Daun pandan

Cara-cara

1.  Rendam beras pulut selama 2 jam.

2. Kemudian, kukus beras pulut bersama santan, sedikit garam dan daun pandan. Nak kukus sampai masak atau separuh masak pun boleh.

3. Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang.

4. Dah siap balut boleh lah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit.

5. Siap. Ikut suka hampa nak cicah rendang ka kari ka gula ka atau susu.

Selamat mencuba!

Sumber: Hairul Hamid