berita

‘Rasa Macam Zumba Dalam Kaki’ – Wanita Kongsi Pengalaman ‘Geli’ Akibat Tak Pakai Alas Kaki Di Pantai

July 3rd, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Pernah tak korang dengar mengenai Cutaneous larva migrans (CLM) yang diakibatkan oleh parasit cacing pada kulit? Jangkitan ini biasanya berlaku apabila korang terdedah kepada tempat terbuka dan kotor tanpa menggunakan alas kaki.

Seperti perkongsian wanita ini, sebaik pulang dari mandi manda di pantai dia mendapati terdapat benjolan kecil di telapak kaki. Lima hari kemudian, kesan seperti cacing mula timbul di permukaan kulit.

Tak tahan tengok kaki

Ramai yang paksa pi jumpa doc. Dan finally serah diri jugak sebab dah tak tahan sangat-sangat dan risau tengok kaki. Dan yesss betul sangkaaan kawan-kawan. Cutaneous larva migrans nama penyakitnya. Doc give 1 week untuk on ubat dulu if tak okay then need to refer specialist. Dan for info akak ada pi pantai last 2 week dan berkaki ayam dan maybe tu puncaaa dia.

Mula-mula ada macam belon kecil je

Haaa nah susulan kes akak. Akak nak share uolss kalau nak pi mandi pantai ke apee kee pi la beli pakai kasut untuk beach tu senang cite janji beralas. Nak dijadikan cerita akak ade pi PD 1 week lepas raya and off coz la mandi bukak selipar semuaaa sebab galak main pasir dan mandi lauttt. Memang tak terpikir dek akal nak jadi macamni.

Mula-mula just ada macam belon kecik jeee akak ingat sebab melecet kena apa-apa ke kan.. Tup tup 5 hari lepas balik tu tiba ada line camtu… So akak assume urat or wat ever makanyaaaaa buat tak tahu dan just urut-urut ajee dan guess what tak rasa dah sakit.

Ingat, selalu pakai alas kaki

Tapi every night akak tidur akak memang rasa ada benda merayap-rayap dekat kaki dan kadang gatal yang tak boleh brain gatal dieee
dan sejak 2 hari lepas makin truk. So sebab dok baca dan semua dah bebel-bebel makanyaaa akak pon pi la spital. So doktor diagnose cutaneous larva migrans nama penyakit dieeeee. Dia dah jadi kaum nomad dok berjalan 1 kaki.

Bengkak tu sebab ada enfection sampai bisa sangat even melangkah. Doktor bagi 1 week untuk matikan cacing tu dan if tak okay kena terus jumpa pakar kulit untuk keluarkan benda alah itu!! Doakan cacing tu mati cepat ye. Sebab akak tak tahan dan terasa macam dia sedang zumbaaaa dalam kaki akak. Hahahahahaha adoii tiba-tiba rasa kelakooo dapat penyakit camni!!

Moral of the story
ALWAYS PAKAI ALAS KAKI!!!
EVEN DRIVE PON MOHON PAKAI SEBAB KITA TAK TAHU APA YANG KITA PIJAK!!
Sekian terima kasih

p/s : Akak benarkan share post ni demi peringatan bersama! Nasib kena diri sendiri kalau kena anak-anak tak tahu laaa mana gaya

Sumber : Nurul Ezzatul