Akibat kesakitan yang melampau, pelakon, Zarina Zainuddin memberitahu dia terpaksa menjalani pembedahan hidung. Menurut Zarina, dia membuat pembedahan tersebut kerana tidak tahan dengan masalah sinus dan migrain yang teruk.
Kepala sakit sangat
Ujar Zarina, dia sudah berjumpa doktor dan menjalani pembedahan untuk membuang bendalir di hidungnya, baru-baru ini. Justeru itu, dia memohon kepada netizen agar tidak meninggalkan komen sesuka hati berhubung pembedahan yang dilakukan itu.
Kepala saya sakit sangat sampai nak hantuk ke dinding. Saya ada masalah sinus dan migrain yang teruk sampai tidak boleh bercakap. Masalah sinus ini membuatkan saya selalu berasa sakit kepala dan berasa nak marah saja. Saya berasa sangat sakit sampai mahu membuka tudung kerana sudah tidak larat kerana kepala saya sakit sangat.
Saya baca komen anda semua yang tak tahu menahu mengenai diri tapi menuduh saya macam-macam. Kepada mereka yang tidak tahu tapi terus ‘judge’ jumpa saya untuk minta maaf. Saya baca komen sampai asyik menangis dan lagi sakit kepala.
Tambah Zarina, anaknya, Azal juga mengalami masalah yang sama dengannya.
Saya tidak sanggup nak ‘operate’ dia kerana keadaannya begitu. Jadi dia cuma makan ubat saja. Saya terima keadaan diri saya begini dan jika anda sayangkan saya, tolong doakan saya. Sedapnya cakap hati orang terluka dan korang boleh ketawa ya?
Video
View this post on Instagram
Sumber: Zarina Zainuddin