berita

Rasa Pedas Melampau? Ini 5 Petua Untuk Kurangkan Rasa Pedas Dalam Masakan!

December 16th, 2020 | by Syakilla Marzuki
MyResipi

Makanan pedas sememangnya sangat sinonim dengan cita rasa rakyat Malaysia. Pendek kata, dari lauk-pauk sampailah ke mi segera semuanya wajib pedas. Maklumlah, makanan jenis ni menjadi kegemaran ramai kerana mampu menambahkan kepuasan dan melengkapkan sajian korang.

Tapi, ada sesetengah orang tak makan masakan yang terlampau pedas. Jadi, kalau korang nak tau macam mana nak kurangkan pedas dalam sesuatu masakan dan makanan, korang ikut je petua ni!

1. Letak gula atau madu

Kebiasaanya kalau mak-mak kita masak terlalu pedas, mesti mereka akan tambah gula untuk kurangkan rasa menyengat cili. Jumlahnya pula bergantung kepada citarasa masing-masing.

Seeloknya, letak sikit demi sedikit. Lepas tu, korang boleh rasa semula sebab bimbang kalau terlebih manis nanti tak sedap pula. Selain gula, korang juga boleh tambah madu atau aneka pemanis yang lain.

2. Tambah santan atau susu

Kalau nak guna santan atau susu biasanya bila sambal tumis korang terlajak pedas. Jadi, bagi mengurangkan rasa pedas, korang boleh menambah sedikit santan.

Selain itu, ia juga boleh membuatkan masakan korang terasa lebih berlemak dan pekat. Tapi kena ingat ya, jangan letak terlalu banyak. Nanti rasa asal tu hilang pula.

3. Lebihkan sayuran atau guna tomato

 

Yang ni pula sesuai untuk masakan seperti sambal tumis yang menggunakan cili padi serta sambal belacan. Bila masak guna cili segar ni, faham-fahamlah kan. Laju je masuk dalam pengisar. Bila dah tumis atau dicuba, memang pedas tak terkata!

Jadi, untuk kurangkan pedas bolehlah lebihkan lagi sayuran dalam bahan masakan seperti lobak merah, brokoli, atau kobis. Untuk masakan sambal yang bergoreng, boleh tambah kisaran tomato tu. Ini kerana rasa tomato yang masam-masam akan mengimbangi rasa pedas malah menjadikan masakan korang lebih sedap.

4. Mentega kacang

Cara kurangkan pedas yang ini mungkin kedengaran macam kelakar dan pelik. Tapi, ada yang berpendapat kandungan lemak semulajadi dalam kacang dapat menyerap lebihan rasa pedas di samping menyerlahkan lagi rasa masakan.

Untuk menggunakan mentega kacang, panaskan dulu supaya lebih lembut dan mudah sebati dalam masakan. Kalau tak ada mentega kacang, boleh gunakan kacang tanah yang digoreng atau dibakar sebagai alternatif.

5. Hirisan kentang

Selain sering digunakan dalam masakan bagi meneutralkan rasa masakan dari terlalu masin, kentang juga boleh digunakan untuk mengurangkan rasa pedas.

Masukkan sebiji atau dua biji kentang dalam masakan dan masak bersama sehingga kentang empuk. Kentang mampu menyerap kembali rasa pedas dan dapat membetulkan rasa pada makanan yang disediakan.

Adjust sendiri tahap kepedasan dengan mi segera Mamee Monster x Daebak Ghost Pepper!

Bagi penggemar makanan pedas tapi rasa leceh nak masak atau bila dah masak rasa macam tak kena dengan selera, apa kata korang try je mi segera Mamee Monster x Daebak Ghost Pepper.

 

Sangat mudah sebab korang boleh adjust rasa pedas tu sendiri menggunakan minyak cili yang diberi. Tak perlu susah-susah nak tambah benda lain dah.

Bukan setakat dapat menyesuaikan tahap kepedasan tapi ia juga hadir dalam 3 rasa yang enak dan luar biasa seperti Kari Lontong, Mie Goreng Indonesia, Daging Cendawan Pedas. Wow! 

Sementara itu, penyanyi Malaysia, Altimet juga telah bekerjasama dengan Red Mamee Monster untuk menghasilkan muzik video baru mengenai mi segera ini. Jom layan dulu video penuh dekat bawah:

Dah ready ke nak test tahap kepedasan Mamee Monster x Daebak Ghost Pepper?

Ha amacam guys? Korang dah ready ke nak uji level kepedasan Mamee Monster x Daebak Ghost Pepper ni? Kalau dah, jangan lupa grab cepat-cepat, kalau dah habis nanti jangan menangis tepi bucu katil pulak!

Dapatkan sekarang di pasaraya berdekatan korang atau di aplikasi Shopee dan juga Lazada. Jangan lepaskan peluang ni, rugi kalau tak cuba tau! Untuk maklumat lanjut korang juga boleh layari Instagram dan Facebook Mamee Monster!

SKIP THIS AD ×