berita

Rasa Tidak Percaya – Tunang Shah Jaszle

May 17th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Tunanag Shah Jaszle

Berikutan kes khalwat yang melibatkan pelakon Shah Jaszle awal pagi semalam, selaku tunang, Redzwani Puteri telah melahirkan rasa terkejut dengan berita penangkapan itu dan mengambil keputusan untuk menunggu penjelasan daripada pihak Shah sendiri berhubung perkara berkenaan.

Rasa seperti tidak percaya pun ada kerana pada petang Rabu iaitu sebelum dia ditangkap khalwat, ayahnya ada menelefon saya bertanya khabar dan dia beritahu ketika itu Shah ada di rumah.

Saya terkejut apabila diberitahu oleh seorang wartawan malam semalam mengenai Shah Jaszle yang ditangkap khalwat kerana saya sendiri tidak mengetahui apa-apa tentang berita itu.

Saya mahu beri peluang kepadanya untuk beri penjelasan sebelum saya membuat apa-apa keputusan mengenai pertunangan kami.

Menurut laporan yang sama, Redzwani turut menyatakan bahawa buat masa ini dia tidak mahu mengambil serius dengan kata-kata negatif yang dilemparkan oleh peminat terhadap tunangnya.

Sebenarnya saya pun tak sempat lagi berjumpa apatah lagi bercakap dengannya. Cuma saya sempat telefon dia malam semalam ketika dia sedang tidur dan dia hanya beritahu berita itu tidak benar.

Terus-terang saya masih boleh bertenang ketika mendengar berita itu dan tidak peduli dengan kata-kata banyak pihak daripada blog dan laman sosial sejak berita itu tersebar luas. – Murai

Sebagai makluman tambahan, Shah Jaszle telah ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor, (JAIS) pada jam 3.30 pagi semalam (Khamis).  Untuk keterangan lanjut, anda juga boleh baca artikel berkaitan di :

SKIP THIS AD ×