berita

Rasa Tertarik Nak Tonton Setiap Episod, Rancangan Realiti Hiburan ‘Shila Amzah Masterclass’ Memang Next Level!

December 4th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Saluran TV berbahasa Cina Nombor 1 Malaysia, 8TV telah menyiarkan sebuah rancangan realiti muzik dalam bahasa Mandarin iaitu ‘Shila Amzah Masterclass’ setiap hari Sabtu jam 9.00 malam.

Rancangan realiti ini diterbitkan oleh Infinitus Media Sdn Bhd dan YAYGO Entertainment Sdn Bhd di mana Shila Amzah sendiri yang akan mengetuainya bersama-sama barisan tenaga pengajar terkenal dan turut berpengalaman di Malaysia seperti Jaclyn Victor, Kaka Azraff, Naim Daniel, Nicholas Teoh, Nikki Palikat, Priscilla Abby dan juga Elvira Arul.

Persembahan yang luar biasa

Dalam episod pertama, lima orang peserta iaitu Winnie, Lydia, Uriah, Daniel dan June telah melakukan satu persembahan yang cukup luar biasa di hadapan pengetua mereka iaitu Shila Amzah. Bagi episod pertama, Winnie dan Daniel telah menyanyikan lagu yang sama iaitu ‘High High High’ manakala Uriah pula menyanyikan lagu ‘Who Do You Love’. Lydia dan June pula menyanyikan lagu ‘Given By You’. Di akhir persembahan, Shila Amzah mengumumkan bahawa Lydia merupakan pemenang bagi minggu tersebut dan Uriah merupakan peserta paling tercorot. Meskipun tiada penyingkiran, Uriah dikenakan denda iaitu menyediakan sarapan pagi buat semua orang.

Kalau korang nak tahu, lima protege ini merupakan peserta yang bertuah daripada 300 orang yang memohon untuk menyertai pertandingan ini. Lebih menarik, mereka telah melalui latihan masterclass ‘Boot Camp’ yang intensif selama 10 hari, di mana kemahiran teknikal dan ketahanan psikologi mereka akan diuji.

Suka tengok Shila cakap mandarin

Menurut penonton, program hiburan ini sangat menarik dan mereka kagum melihat cara Shila Amzah berkomunikasi dalam bahasa Mandarin. Tambah penonton, rancangan seperti ini perlu dijadikan contoh dan diperbanyakkan lagi di Malaysia.

Dalam program Shila Amzah Masterclass, penonton berpeluang menyaksikan kisah benar dan realiti yang berlaku sepanjang rancangan ini berlangsung kerana Shila Amzah turut akan sentiasa berinteraksi bersama-sama lima protege tersebut termasuklah ketika sedang membimbing dan juga menegur jika ada kesalahan.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×