berita

‘Rasa Tidak Adil Jika Tercalon’ – Sibuk Dengan Bisnes, Neelofa Tarik Diri Dari ABPBH32

July 18th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Pengacara dan pelakon, Neelofa mengumumkan menarik diri dari menyertai Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) tahun ini dan tahun hadapan. Keputusan tersebut diumumkan Neelofa menerusi laman Twitternya sebentar tadi.

Jelas Neelofa lagi, buat masa ini dia ingin menumpukan perhatian kepada perniagaan Neelofar Hijab yang semakin berkembang.

Tidak adil jika tercalon

Menurut Neelofa, adalah tidak adil jika dirinya tercalon sedangkan dia sibuk dengan perniagaan dan tidak begitu aktif dengan dunia seni. Ahli perniagaan ini dengan rendah diri mengumumkan penarikan diri daripada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk edisi ini dan edisi akan datang.

Tambahnya lagi, dia mungkin berehat untuk tahun ini dan tahun hadapan. Jika sudah tidak sibuk dengan bisnes, dia akan kembali aktif dan terlibat dalam majlis anugerah.

Sokongan padu dari peminat

Sumber : Neelofa

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×