Pelakon, Nabila Huda akhirnya tampil menjawab persoalan peminat mengenai kelibat suaminya, Mohd Izwan Johar yang jarang dilihat di khalayak ramai khususnya di media sosial.

Artikel Berkaitan: Keisha Impi Jadi Pelakon, Bakal Teruskan Legasi Seni Nabila Huda – ‘This Is My Girl!’

Artikel Berkaitan: ‘Belum Terlambat Untuk Kejar Impian’ – Nabila Huda Berhasrat Untuk Sambung Belajar Bidang Kulinari

Tak suka kongsi

Menerusi perkongsian di Threads, Nabila mengakui lebih selesa untuk tidak lagi berkongsi kisah peribadi di media sosial seperti yang dilakukannya sebelum ini.

Menurut Nabila, dia tidak gemar untuk berkongsi di media sosial kerana merasakan ia sesuatu yang berlebihan.

Pada siapa yang sibuk tanya mana suami lama tak nampak? Haa ni dia.

Tengok puas-puas, zoom in muka dia okay! Haha maaflah rasa dah too overated nak kongsi kebahagiaan di media sosial. Tak perlulah.

Kata pelakon filem Gayong itu, suaminya sememangnya seorang yang tidak gemar berada di hadapan kamera atau menghadiri acara glamor seperti karpet merah dan majlis hiburan.

Sementara itu, Nabila turut menjelaskan suaminya sentiasa menjadi tulang belakang buatnya dalam industri hiburan.

Suami saya nak jalan di karpet merah sama-sama pun tak minat apatah lagi nak pergi event. Cuma saya punya filem gala dia tidak akan terlepas kalau nak tengok saya berubah jadi singa.

Saya nak kalian tahu, di sebalik segala kekalutan saya, saya tahu dia sentiasa ada untuk saya. Sentiasa menyokong saya, tak kira apa pun.

Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Izwan pada 2015.

Terdahulu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani pada 2008 namun perkahwinan mereka berakhir pada 2011.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila.

Sumber: Threads