Selepas 3 kali berturut-turut RIUH mewarnai hujung minggu korang, kini dia kembali lagi untuk edisi bulan November pulak pada 11 & 12 November ni! Kat mana? Macam biasalah tempat paling strategik, APW di Jalan Riong, Bangsar!
Istimewanya bulan ni RIUH menjanjikan kemeriahan dengan lebih banyak aktiviti menarik dan mereka turut menyediakan pop-up store serta jualan makanan yang best-best! Nak tau apa yang menarik?
Jom bergelak tawa dengan workshop dan pertunjukan komedi yang kelakar habis!
Tak kering gusi korang nanti kalau datang RIUH hujung minggu ni sebab mereka bekerjasama dengan dengan LOL Events bagi mengadakan aktiviti berkonsepkan komedi iaitu Comedy Workshop dan Ber-RIUH In Comedy.
Comedy Workshop mendedahkan tentang dunia komedi supaya korang boleh belajar kemahiran untuk lebih yakin ketika public speaking, bersosial dan menjadi seorang yang funny. Memang tak rugi sebab ia diketuai golongan ‘pro’ dalam industri iaitu founder 3-in-3 workshop persembahan dan penulisan komedi. Korang kenal tak?
Ber-RIUH In Comedy pulak membawakan Stand Up Comedy dengan sedikit sentuhan berbeza. Menampilkan Joanne Kam, Prakash Daniel dan JD (mesti korang kenal dia dari Raja Lawak), bersiap sedialah untuk dengar lawak paling ‘gila’ diorang dari bakat-bakat yang tak dapat disangkal lagi ni!
Ada pertunjukan secara langsung juga tau!
Sambil jalan dan makan dengan kawan-kawan kat RIUH, korang boleh enjoy pertunjukan secara langsung dari Sarah Daniella, penghibur akustik; Ryot Jones, Band; Aseana Percussion Unit, World Fusion Percussion Band; ASK Dance Company, Dikir Barat dan Disko Santan, Vinyl DJ. Ramainya!
Kalau korang nak tau, pertunjukan secara langsung ni disokong oleh Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (CENDANA) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri sendiri pada 6 September 2017. Memang bukan calang-calang punya orang perform atas pentas nanti!
Memang enjoy habis bila dapat habiskan hujung minggu dengan kawan-kawan sambil layan mereka nyanyi dan buat persembahan atas pentas. Mana nak dapat ketenangan macam ni zaman sekarang?
Ada juga aktiviti berkonsepkan karnival kalau datang bawak anak. Wow!
Dari peringkat umur kanak-kanak hingga dewasa sampailah dah bercucu pun boleh datang RIUH ni. Sebab ada semua aktiviti yang disediakan sesuai untuk semua peringkat umur!
Kalau ada yang bawak anak, korang boleh enjoy tengok telatah Mimes, ahli silap mata, Stiltwalkers, Psycusix (Poi Dancer), badut-badut kelakar, aktiviti melukis muka dan Murfest Drum Circle. Banyak gila kan?
Datang bawak baju dan rasai cetakan sutera pada harga berpatutan!
Istimewa RIUH kali ni, korang boleh bawah baju/tote bag atau beli kat sana dan cuba cetakan sutera buat pertama kalinya pada kos yang sangat minimum. Korang boleh belajar dan tengok sendiri macam mana proses cetakan sutera, malah boleh bawak balik hasil cetakan korang! Bukan senang nak jumpa cetakan unik macam ni tau!
Ambil gambar dengan anak, mungkin korang boleh dapat hadiah misteri!
Kat RIUH kali ni, korang boleh serlahkan kreativiti dengan bayi di RIUH Carnival Photo Booth yang disediakan istimewa untuk pengunjung yang datang. Ambil gambar paling kreatif dengan bayi pada hari Sabtu, 11 November dari 12 hingga 5 petang dan upload dalam laman sosial Instagram masing-masing.
Pastikan penyertaan korang berserta hashtag #RIUHbabyinthecity dan tunggu pengumuman pada hari Ahad jam 4:15 petang. Penyertaan paling kreatif akan mendapat hadiah misteri tau. So, jangan lepaskan peluang untuk mencuba!
Malas bersesak cari parking? Jangan risau…
Dah lah weekend, confirm jalan sesak lepas tu orang berebut nak cari parking. Maklum lah, semua nak pergi RIUH. Jangan risau. Sebab RIUH sekarang dah berkolaborasi dengan SOCAR, platform berkongsi kereta yang menyediakan perkhidmatan ulang-alik dari 3 hot spot ni:
- Starbucks @ Bangsar Village
- Dome @ Bangsar Shopping Centre
- Oldtown @ LRT Bangsar
Perkhidmatan ulang-alik ni akan ada kat setiap lokasi setiap 30 minit bermula jam 11 pagi. Jangan lewat okay!
Kalau malas nak kongsi kereta dan drive waktu weekend, apa kata korang GRAB je! Gunakan kod “GRABRIUH” kalau korang nak pergi/balik dari RIUH. Terhad kepada 500 pelanggan terawal. Jadi, kena cepat lah ya!
Ajak kawan dan keluarga okay!
Tunggu apa lagi? Ajak kawan dan keluarga ke RIUH hujung minggu ni pada 11 & 12 November 2017. Datang je bila-bila sebab RIUH berlangsung dari 10 pagi – 9 malam. Masuk PERCUMA!
Kalau nak daftar sebagai peniaga atau sertai workshop, layari www.riuh.com.my. Follow laman sosial Facebook dan Instagram RIUH untuk update terkini dan emel ke [email protected] jika ada sebarang pertanyaan. Kalau nak mengenal apa erti keseronokan di hujung minggu, datanglah RIUH! Jumpa kat sana!