berita

Rasai Kemeriahan Sambutan Deepavali Melalui Augmented Reality, Syok Habis Guys!

November 13th, 2020 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Sambutan Deepavali pada musim pandemik sekarang ini pastinya agak berbeza jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Dengan SOP yang telah ditetapkan, kebanyakkan daripada kita tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung bagi meraikan Deepavali bersama yang tersayang. 

Tapi ini semua untuk kebaikan kita juga. Ingat kita bukan sahaja sedang melindungi diri kita dari bahaya wabak Covid-19 malah keluarga tersayang di kampung halaman. Kita tak mahu mendedahkan mereka dengan sebarang kemungkinan keberjangkitan. Lagi-lagi pada kanak-kanak dan mereka yang berisiko tinggi.

Korang jangan sedih, Deepavali kali ini masih boleh dirayakan dengan penuh meriah kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil inisiatif untuk membawakan kemeriahan Deepavali melalui Augmented Reality menerusi filem perayaan mereka ‘Double Trouble Deepavali’ yang mengangkat tema kekeluargaan.

Bermula daripada 13 November 2020  korang boleh imbas QR code yang tertera pada surat khabar Star, Tamil Malar, Makkal Osai, Malaysian Nanban dan Harian Metro untuk pengalaman menerokai sebuah rumah yang dipenuhi dengan hiasan penting sempena Deepavali seperti kolam, pelita, manisan dan banyak lagi.

Memang terasa seperti berada di sebuah ruang nyata sebab korang boleh menjelajah hampir ke setiap sudut rumah.

Bukan tu je! Korang juga boleh berinteraksi dengan setiap elemen interaktif yang diketengahkan melalui filem ini. Antaranya proses pembuatan sari, fakta menarik mengenai bunga melur dan mengapa pelita dinyalakan.

Antara 5 unsur kebudayaan yang menyerikan sambutan Deepavali

1. Sari

Sari ditenun dengan penuh teliti menjadikannya pakaian tradisi paling sempurna untuk digayakan ketika Deepavali. Ini tenun bukan sebarang tenun ya, ditenun penuh kasih sayang tau!

2. Bunga melur

Bunga melur sangat istimewa untuk sambutan Deepavali kerana ia melambangkan kesucian. Kalau korang tengah mencari bunga yang sesuai untuk perayaan ini, tak perlu fikir panjang. Terus beli bunga melur okay!

3. Pelita

Tak lengkaplah sambutan pesta cahaya tanpa pelita yang disusun di sekeliling kawasan rumah. Ianya bukan sekadar hiasan tetapi merupakan simbol perpaduan dan kejayaan kuasa kebaikan dalam mengatasi unsur-unsur yang tidak baik.

4. Kolam

Kolam ialah hiasan lantai yang berwarna-warni yang biasanya diperbuat daripada beras dan diletakkan pada pintu masuk sebagai tanda menjemput kekayaan dan kesejahteraan. Reka bentuk kolam lazimnya berasaskan tumbuhan, pelita atau burung kasawari namun ianya terletak kepada citarasa si pemilik rumah.

5. Manisan

Bila sebut tentang makanan inilah part yang paling disukai semua orang kan? Lagi-lagi manisan! Istimewanya, ketika Deepavali manisan seperti halwa dan laddu akan dikongsi bersama-sama sebagai tanda kegembiraan dan mengalu-alukan kedatangan para tetamu.

Double Trouble Deepavali

‘Reimagining TNB’

Dengan kempen Augmented Reality yang dijalankan, TNB juga memberikan petunjuk bahawa syarikat itu menyokong ke arah pencarian inovasi untuk penggunaan tenaga yang lebih lestari dan mesra alam.

Menurut Datuk Haji Baderul Sham bin Saad, Ketua Komunikasi Korporat TNB, mereka percaya dalam masa yang sukar sekarang rakyat Malaysia perlu berpegang teguh pada ikatan kekeluargaan terutama sekali bagi meraikan sebuah perayaan.

Ikatan ini yang bakal menyatukan kita semua meskipun berlain pendapat dan fahaman. ‘Double Trouble Deepavali’ adalah platform mereka untuk menyampaikan mesej. 

Haa korang dah tak sabar ke tu? Jom kita rasai kemeriahan Deepavali melalui Augmented Reality ini. Memang macam real guys! Dengan menggunakan telefon mudah alih, korang boleh klik pada link dekat sini (hanya untuk telefon mudah alih) kemudian ikuti langkah seterusnya.

Happy Deepavali!

SKIP THIS AD ×