berita

Rasai Pengalaman Yang Luar Biasa Dengan HUAWEI nova 9, Keutamaan Kamera 50MP RYYB Ultra Vision.

November 8th, 2021 | by Syamirul
Kini Trending

 

Akhirnya! Setelah sekian lama HUAWEI nova 9 bakal berada di pasaran Malaysia secara rasmi untuk pra-pesanan pada 8 November ini, dengan ciri fotografi yang tersendiri dan prestasi yang berkuasa untuk kegunaan seharian korang.

Apa yang paling penting, HUAWEI nova 9 didatangkan dengan sistem kamera yang luar biasa dan juga reka bentuk yang lebih estetik, serta ciri SuperCharge yang memberikan pengalaman hebat kepada pengguna.

Lepas ni korang bolehlah merasai pengalaman yang luar biasa pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan HUAWEI nova 9. Menarik kan!

Apa tunggu lagi, jom kita tengok apa yang best dengan HUAWEI nova 9!

Ciri-ciri menarik yang ada pada HUAWEI nova 9!

Dengan HUAWEI nova 9, korang akan dapat pelbagai ciri-ciri yang luar biasa dan mampu meningkatkan pengalaman hiburan korang tau.

Telefon pintar HUAWEI ini juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini, sekaligus membuatkan korang kena jadikannya sebagai telefon pintar pilihan pertama korang tau!

1. Prestasi sistem kamera Ultra-Penglihatan yang baik untuk abadikan detik yang bermakna

Kalau korang nak tau, HUAWEI nova 9 dibina dengan Kamera Ultra penglihatan 50MP, bersama-sama dengan Kamera Sudut Ultra Lebar 8MP, Kamera Kedalaman 2MP dan Kamera Makro yang membolehkan tangkapan dekat sehingga 4cm.

Dengan menggunakan kamera HUAWEI nova 9 ni, mesti gambar korang akan lebih tajam dan seperti hidup sepanjang masa.

Ia menggunakan teknologi XD Fusion Engine yang boleh didapati di peranti flagship HUAWEI, yang menggunakan teknik fotografi yang canggih untuk meningkatkan perincian dan kualiti imej dengan sangat baik.

Ciri fotografi tersendiri yang lain termasuk susunan penapis warna RYYB yang dilengkapi dengan kepekaan cahaya yang tinggi, yang membolehkan telefon mengumpul sehingga 40% lebih cahaya, memberikan imej kejelasan yang lebih baik.

Bukan itu sahaja, HUAWEI nova 9 juga menawarkan kamera selfie 32MP dan video selfie beresolusi 4K yang dapat memberikan kualiti video yang amat bagus. Untuk semua peminat fotografi, HUAWEI nova 9 menyokong fungsi Mod Malam Super, membolehkan anda merasai pengalaman fotografi malam yang luar biasa kerana HUAWEI nova 9 memberikan butiran yang lebih terang dan tajam dalam imej yang ditangkap.

Lepas ni korang dah tidak perlu risau untuk membuat video kerana HUAWEI nova 9 memberikan ciri yang sangat istimewa, iaitu ciri Dual-View, dimana korang boleh merakam segalanya dengan menggunakan kamera depan dan belakang serentak tanpa perlu bersusah payah dan meringankan beban korang apabila membuat suntingan video.

2. Rekaan baharu yang menakjubkan dengan paparan imersif 120Hz

Reka bentuk HUAWEI nova 9 yang lebih estetik ni dilengkapi dengan skrin melengkung OLED 6.57 inci yang mampu memberikan korang merasai pengalaman menonton yang lebih menarik dengan pemandangan sinematik.

Selain itu, korang juga boleh merasai pengalaman premium kerana, HUAWEI nova 9 membolehkan pengoptimuman skrin yang menukar paparan antara 60Hz dan 120Hz kadar penyegaran bergantung pada penggunaan, mengimbangi kedua-dua visual semasa menonton video dan memanjangkan hayat bateri.

Dengan berat hanya 175g ringan dan 7.77mm nipis, HUAWEI nova 9 pasti akan memberikan keselesaan apabila simpan di poket atau memegangnya.

Tidak ketinggalan HUAWEI nova 9, didatangkan dengan proses Starry Flash AG Glass baharu dan Star Orbit Ring yang ada pada kamera belakang. Rekaan yang diilhamkan daripada bintang ini akan mempersembahkan bahagian belakang kaca nipis agar kelihatan mempersonakan dan menarik perhatian korang. Bestnya!

Didatangkan juga dengan warna yang menarik, Starry Blue dan Black, sangat sesuai buat sesiapa sahaja yang menggunakannya! Ia juga masih mengekalkan kemasan matte mewah dengan tekstur halus untuk sentuhan yang lebih berkualiti.

3. Berprestasi ultra dengan jangka hayat bateri tahan lama

Mesti korang pernah merasai pengalaman main telefon tak sampai beberapa jam dah habis bateri kan? Ha, kini korang tak perlu risau lagi kerana HUAWEI nova 9 menawarkan pengecasan pantas dengan 66W HUAWEI SuperCharge!

Yang seronoknya, HUAWEI nova 9 akan memastikan pengecasan penuh dalam masa 38 minit sahaja! Macam tak percaya kan.

HUAWEI nova 9 juga menampilkan sistem penyejukan yang berkuasa menggunakan filem penyejukan VC Liquid Cooling dan Graphene, yang boleh menghilangkan haba dan menyejukkan telefon pintar dengan cepat semasa menjalankan aplikasi intensif sumber, atau apabila menggunakan telefon pintar untuk bermain permainan atau menonton filem pada jangka masa yang lama.

4. Prestasi permainan teguh untuk para ‘Gamers’

Untuk korang yang kaki game tu bolehlah menikmati permainan yang sangat lancar dan responsif dengan kadar pensampelan sentuhan sehingga 300Hz. Mantap!

Dengan Touch Turbo Gaming Experience yang dibina dalam HUAWEI nova 9, korang boleh nikmati sentuhan yang lancar dan responsif semasa anda bermain permainan kegemaran anda dalam keadaan stabil dengan ketepatan yang tinggi.

HUAWEI nova 9 ini turut dilengkapi dengan teknologi Penyejukan Cecair Graphene dan VC, bagi memastikan pengalaman permainan yang lancar tanpa memanaskan peranti anda. Ia menggunakan pelesapan haba Graphene untuk mengesan kehangatan dan segera menyejukkan telefon pintar secara automatik apabila haba dikesan.

5. Semua dalam satu dengan Perkhidmatan Mudah Alih HUAWEI Mobile Services (HMS)

Salah satu faedah utama menggunakan telefon pintar HUAWEI ialah kemudahan kesalinghubungan dalam ekosistemnya.

Seperti yang sedia maklum, HUAWEI akan menyediakan semua kemudahan kesalinghubungan dalam ekosistemnya untuk memudahkan pengguna mereka.

HUAWEI juga mempersembahkan faedah perkhidmatan mudah alih HUAWEI Mobile Services (HMS) untuk semua pengguna HUAWEI untuk gaya hidup yang lebih baik dan lebih bijak.

Bukan itu sahaja,HUAWEI AppGallery menawarkan banyak aplikasi yang rakyat Malaysia selalu guna, dari kategori komunikasi, permainan, e-wallet, membeli-belah dan banyak lagi! Jadi, korang boleh menggunakannya tanpa berasa kerisauan.

Selain itu, HUAWEI membolehkan korang melihat semua akaun e-mel korang dengan mudah, sama ada Outlook, Gmail atau Yahoo, dalam apl E-mel yang telah diprapasang. Korang jangan lupa untuk memuat turun aplikasi myMail di HUAWEI AppGallery untuk lebih banyak fungsi tau.

Tapi macam mana dengan sistem privasi HUAWEI ini? Jangan risau HUAWEI AppGallery kini boleh diakses menggunakan hanya satu ID HUAWEI sahaja. Selain itu, ibu bapa yang bekerja juga boleh mengakses fungsi sekatan untuk mengehadkan penggunaan gajet anak-anak mereka untuk jangka masa yang panjang. Mudah kan!

Siap ada pertempuran Karaoke Be a nova Star lagi!

Korang yang suka menyanyi, bolehlah sertai Pertempuran Karaoke Be a nova Star dari 5 November hingga 18 November 2021 hanya di JOOX.

Akan ada tiga pemenang yang dipilih iaitu,

1. Penerima Top “Gifts” 

2. Penerima Top “Likes” 

3. Entri Paling Kreatif (Pilihan Editor)

Korang jangan lepaskan peluang ni tau! Untuk maklumat lanjut korang boleh layari Facebook JOOX Malaysia.

Bermula dari 7 November hingga 13 November 2021, korang semua boleh menyertai HUAWEI nova 9 #BeAnovaStar Tiktok Dance Challenge yang menarik untuk memenangi HUAWEI band 6 dengan mengikuti langkah mudah di bawah. Pemenang jugak akan diumumkan pada 18 November tau.

Cara Penyertaan:
1. Untuk menghantar penyertaan peraduan, peserta mesti melengkapkan semua cabaran seperti berikut: 

a) Lakukan #BeAnovaStar TikTok Dance Challenge ‘Dance’ dengan filter HUAWEI;
b) Rakam dan muat naik video korang dengan melakukan  tarian dengan hashtag #BeAnovaStar #HUAWEInova9 pada profil TikTok korang
c) Jadikan profil TikTok korang kepada mode tontonan umum.

Tidak ketinggalan Anugerah HUAWEI NEXT-IMAGE 2021 untuk pengguna HUAWEI

HUAWEI mengalu-alukan korang semua untuk merakam detik terbaik dalam hidup korang dengan menggunakan telefon pintar HUAWEI  dan menyertai Peraduan Anugerah NEXT-IMAGE 2021 Komuniti HUAWEI Malaysia.

Peraduan ini mempunyai 10 kategori yang menggalakkan pencipta kandungan peranti HUAWEI untuk melepaskan kemahiran fotografi mereka dan berkongsi kreativiti mereka.

Jangan risau anugerah ni terbuka untuk semua orang dan jangan lepaskan peluang untuk menonjolkan bakat terpendam korang. Untuk memperingati pelancaran HUAWEI nova 9, HUAWEI Malaysia telah menawarkan hadiah istimewa untuk Imej Terbaik Diambil pada Siri nova, hanya untuk pengguna telefon pintar siri HUAWEI nova.

Apa tunggu lagi, jangan lupa join tau sebab anugerah ni akan berakhir pada 30 November 2021. Jadi masih belum terlambat untuk korang dapatkan telefon pintar HUAWEI nova 9 ni!

Pastikan korang hantar karya fotografi dan video korang melalui Komuniti HUAWEI untuk memenangi pelbagai hadiah yang menarik.

Bagi korang yang nak menempah HUAWEI nova 9, korang boleh buat tempahan bermula dari 8 November 2021 jam 8.30 malam.

Mesti korang tak sabar kan? Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh layari di laman web HUAWEI  atau HUAWEI Experience Store dan untuk pembelian di atas talian korang boleh dapatkan di Lazada & Shopee.

SKIP THIS AD ×