berita

“Rasanya Mungkin Ada Salah Faham Di Antara Kami” – Dato’ Fazley Jawab Isu Berkaitan Azwan Ali

September 21st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Menerusi laporan Murai.com hari ini, selebriti terkenal Dato’ Fazly yang juga juara untuk program Masterchef Selebriti Malaysia yang lalu telah menjawab isu salah faham yang berlaku antara dirinya dan pengacara sensasi Azwan Ali.

Menurut Dato’ Fazley, dia sendiri tidak pasti punca sebenar krisis antara dirinya dan Azwan Ali, akan tetapi dia telah tampil dan berjumpa dengan Azwan secara pribadi untuk memohon maaf sejak dari awal lagi selepas merasakan wujudnya rasa tidak senang hati pengacara sensasi tersebut di dalam akaun Twitter peribadi miliknya.

“Rasanya mungkin ada salah faham di antara kami tetapi saya sendiri kurang pasti apa isunya. Namun, apa pun isunya saya terlebih dahulu sudah bertanyakan sendiri serta meminta maaf kepada Azwan secara peribadi, jika saya ada membuat hatinya terluka,” Ujar Dato’ Fazley merendah diri.

Disamping itu, Dato’ Fazly turut akui yang dia tidak merasa kecil hati dengan kata-kata Azwan Ali malah memberitahu kini hubungan mereka sangat baik umpama hubungan adik beradik.

Namun begitu menerusi laporan Murai semalam, Azwan Ali sendiri akui pernah berkecil hati serta baran dengan sikap Dato’ Fazley ketika mereka sama-sama berada di akhir-akhir program masakan Masterchef Selebriti Malaysia pertama dahulu.

Meskipun begitu, Azwan memberitahu yang dia sendiri tidak berniat untuk memanjangkan lagi isu tersebut dan merasa kagum dengan sikap Dato’ Fazley yang sangat merendah diri serta mengormati dirinya.

SKIP THIS AD ×