berita

Ratu Cantik Sri Lanka Tergamam Mahkota Dirampas Masa Live, Didakwa Tak Layak Menang

April 7th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Hanya beberapa minit sahaja ratu cantik Sri Lanka 2021, Pushpika De Silva dapat merasai kemenangan wanita tercantik ‘Mrs. Sri Lanka’ sebelum dirinya cedera di bahagian kepala apabila mahkota dirampas dalam kejadian yang disiar secara langsung di televisyen di Colombo.

Merampas mahkota yang telah dipakai

Caroline Jurie yang merupakan Mrs Sri Lanka 2019 secara tiba-tiba telah meluru naik ke pentas lalu merampas mahkota yang telah dipakai oleh De Silva untuk diberi kepada naib juara.

Menurut Global News, Jurie mengatakan bahawa De Silva telah bercerai dan dia tidak layak untuk memenangi pertandingan tersebut. Oleh kerana itu, dia memberikan mahkota berkenaan kepada orang lain.

Ada peraturan yang perlu diikut iaitu kita semua perlu berkahwin dan tidak boleh bercerai, jadinya saya mengambil langkah pertama bahawa mahkota itu perlu diberi kepada juara.

Nafi tidak bercerai hanya tidak tinggal sebumbung

Namun, De Silva telah menafikan yang dirinya telah bercerai cumanya dia hanya tidak tinggal sebumbung bersama suaminya dan telah memuatnaik satu posting di Facebook  yang mendakwa dirinya mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta perlu dirawat di hospital.

Pihak penganjur telah menobatkan semula dirinya sebagai Mrs Sri Lanka. Menurut ketua Mrs Sri Lanka World, Chandimal Jayasinghe, dia merasa sangat kecewa dan malu apabila Jurie bersikap seperti itu semasa berada di atas pentas. Pihak organisasi Mrs World telah jalankan siasatan mengenai masalah yang terjadi.

Sumber : Global News 

SKIP THIS AD ×